MENANGGANI FENOMENA EKSTREMISM AGAMA MENGIKUT PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH
[SIRI 5] 3. Konsep Jihad Yang menyeleweng daripada prinsip Islam.
PENULIS: Rahim R.A, Ramli M.A, Razak M.I, Rosele M.I, Kahal S.M
SUMBER: AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA
3. Konsep
Jihad Yang menyeleweng daripada prinsip Islam.
Mereka menggunakan epistemologi tafsiran Islam yang
simplistik dan literal. Akibatnya, mereka terjebak dalam pemikiran fanatik yang
berbentuk legal formalistik; sikap suka menghukum orang lain sebagai salah. khawarij
memang bermasalah dengan pemahaman ilmu Islam. Bahkan ada kajian yang
menunjukkan bagaimana gologan khawarij ini merupakan saki baki penerus gerakan
Nabi Palsu, Musailamah al-Kazab yang menentang ajaran Islam. Atas dasar itu
bagi sesetengah sarjana Islam, status keislaman khawarij memang dipertikaikan.
Salafi jihad juga
dikesan enggan berpegang pada karya fuqaha klasik dianggap sebagai Taqlid dan
bidah. Sebaliknya lebih bergantung kepada karya sarjana mereka sendiri yang
sangat literal sifatnya. Hidup golongan muda ini disibukkan dengan aktiviti perang
hingga gagal mendalami ilmu agama. Buktinya boleh dilihat daripada karya Imam
Samudera yang menjustifikasikan tindakan pengeboman Bali dengan hujah yang
sangat lemah. Karya ringkasnya bertajuk Aku Melawan Terorisme telah dikritik
oleh semua gerakan Islam Indonesia.
Pemakaian
epistemologi ilmu yang salah bolehdilihat pada pemahamanmerekatentang konsep
jihad. Memang diakui, pemahaman jihad yang dipegang oleh ISIS terbukti lemah
dan salah. Tetapi apa yang ditakuti adalah idealism jihad yang salah ini telah
berjaya mempengaruhi majoriti umat Islam seluruh dunia, termasuklah penganut
Islam di Malaysia dan Indonesia. Hal ini
berlaku kerana ISIS telah menggunakan kecanggihan ICT seperti youtube dan media
sosial sebagai medium penyebaran dakyah mereka.
Ringkasnya, memang betul pendapat ahli falsafah Islam bahawa pemahaman yang
salah daripada asas yang salah hanya akan menjerumuskan seseorang ke lembah
kehinaan. Ia akan sentiasa terjebak di dalam kitaran kerosakan
(kemungkaran) yang berpanjangan.
Antara pegangan konsep jihad salafi jihad yang kabur;
Pertama, ISIS mengajak umat Islam untuk bergabung memberi
baiat dengan ISIS kerana mendakwa perjuangan ISIS adalah jihad yang
diperintahkan oleh Islam. ISIS menyatakan berbaiat kepada ISIS dan
mendukung segala bentuk perjuangannya akan mendapatkan pahala syurga. Dengan
kata lain, ISIS mendakwa perjuangan mereka adalah misi jihad sesuai dengan
ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Implikasi negatifnya adalah barangsiapa
yang bergabung dengan ISIS akan menolak semua bentuk kerajaan yang
tidak menjalankan syariah Islam. Atas dasar itu, setiap pengikut ISIS adalah
anti kerajaan ataupun negara yang dapat mengugat kedaulatan dan ketaatan
warganegara negara asalnya. Sebabnya, bagi mereka hanya ada satu pemimpin yang
wajib ditaatiiaitu Abu Bakr Al Baghdadi. Maknanya, ISIS sebenarnya adalah
ancaman yang mengugat keutuhan sebuah negara seperti Malaysia.
Kedua,
mereka hanya memandang jihad sebagai perang fizikal semata-mata tanpa dikaitkan
dengan usaha jihad lain membangunkan ilmu atau faktor ekonomi sosial yang baik
untuk masyarakat Islam. Bahkan sesetengah sarjana Islam berpendapat tindakan
mereka bukanlah jihad tetapi lebih tepat dikatakan sebagai Bughah keranaianya
zalim hingga sanggupmenakutkan dan membunuh orang awam yang tidak berdosa. Hal
yang sama turut dikesan dalam salafi jihad.Salafi jihad menyamai ideologi
khawarij yangmemaksa orang bukanIslammemeluk Islam, menghalalkan darah individu
dan keluarga bukanIslam, menggunakan pelbagai teknik penyeksaan melampau serta
dibolehkan menjadikan tawanan bukan Islam sebagai hamba.
Comments
Post a Comment