[SIRI 6] SIKAP MEMUSUHI PEMODENAN DAN KUASA BARAT SECARA MUTLAK DAN SIKAP EKSTREM DALAM MENGHADAPI FENOMENA MANUSIA
MENANGGANI FENOMENA EKSTREMISM AGAMA MENGIKUT PERSPEKTIF MAQASID SYARIAH
[SIRI 6] SIKAP MEMUSUHI PEMODENAN DAN KUASA BARAT SECARA MUTLAK DAN SIKAP EKSTREM DALAM MENGHADAPI FENOMENA MANUSIA
PENULIS: Rahim R.A, Ramli M.A, Razak M.I, Rosele M.I, Kahal S.M
SUMBER: AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, UNIVERSITI MALAYA
4. Sikap Memusuhi Pemodenan Dan Kuasa Barat Secara Mutlak.
Golongan salafi jihad secara ekstrem menolak pemodenan kerana paradigma mereka yang mengembalikan warisan sistem khalifah Islam. Ia dianggap akan menghasilkan sistem pemerintahan Islam sejati. Lebih buruk lagi, mereka menisbahkan dunia barat secara mutlak sebagai pusat kekuasaan gelap yang anti Islam ataupun sebagai diabolisme (pengikut tabiat Syaitan). Sedangkan terdapat beberapa tokoh gerakan Islam yang mengakui nisbah kebaikan yang dimiliki oleh masyarakat dan kerajaan barat itu sendiri. Sejarah mencatatkan bagaimana ramai daripada tokoh gerakan Islam yang ditindas oleh pemerintah Negara umat Islam telah berhijrah ke negara barat yang kemudiannya bertanggungjawab memperkembangkan semangat kebangkitan semula Islam di daerah baru yang amat kondusif (Civil society) yang mampu memberi ruang untuk memperkembangkan kebebasan intelektual.
5. Sikap ekstrem dalam menghadapi Fenomena Manusia adalah Insan Homo Conflicto.
Golongan salafi jihad enggan menerima hakikat bahawa setiap manusia pasti akan ada perbezaan pendapat yang menuntut diamalkan sikap keterbukaan di dalam perbezaan. Hal ini memang menjadi Sunnatullah dan fitrah semulajadi manusia. Sebaliknya dalam banyak hal mereka memaksa orang lain menerima pandangan mereka. Andainya kehendak dan pandangan mereka tidak diterima, mereka akan mengkafirkan lawan mereka. Hal ini terbukti apabila mereka berpegang kuat kepada konsep takfir yang menghalalkan darah orang yang bertentangan pendapat dengan mereka. Ia secara langsung telah mengabaikan dan meruntuhkan adab ikhtilaf yang disusun oleh fuqaha Islam.
Comments
Post a Comment