10 SUSPEK LTTE DIDAKWA PERTUDUHAN BARU, DUA DIDAKWA KALI PERTAMA


KUALA LUMPUR: Sepuluh suspek Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, hari ini didakwa dengan pertuduhan baru di Mahkamah Sesyen di sini.
Selain itu, dua lagi suspek baru, V Sureshkumar dan B. Subramaniam didakwa buat kali pertama hari ini.

Pertuduhan bermula kira-kira jam 9.30 pagi di tiga kamar berbeza. Pada Selasa, tiga daripada empat individu yang akan berdepan pertuduhan baru - ADUN Gadek G Saminathan, ADUN Seremban Jaya P Gunasekaran dan S Chandru - didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Melaka.

Dakwaan terhadap mereka berkaitan dengan menyokong LTTE dan memiliki serta mempamerkan barang berkaitan dengan kumpulan itu. Saminathan juga dihadapkan dengan pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, kerana memiliki item yang berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE di dalam sebuah telefon bimbit.

Sementara, suspek keempat, juruteknik berusia 27 tahun S Arivainthan, didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan kerana menyokong LTTE sejak 2014, di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar. Kesemua 12 suspek ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana didakwa memiliki kaitan dengan LTTE.


Sebelum ini, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata, mana-mana pemimpin yang menyatakan sokongan kepada LTTE perlu ditangkap dan didakwa. Tegasnya, negara berada dalam situasi bahaya apabila pemimpin politik yang berjawatan terbabit menyokong kumpulan berkenaan.

Sumber: Astro Awani – 31 OCT 2019
 https://bit.ly/2BXTqDF

FOLLOW US 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

"TOGETHER AGAINST EXTREMISM!"

Comments