[ARTIKEL] SIRI 1: BAHAYANYA KEPADA AQIDAH


BAHAGIAN 1: BAHAYANYA KEPADA AQIDAH
.
1. Aqidah Syirik Dengan Allah
Muhammad bin Yaaqub Al Kulayni meriwayatkan dalam Usul al-Kafi daripada Abi Abdillah dan berkata, “Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam, dia boleh meletakkannya di mana dikehendakinya dan memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran daripada pihak Allah kepadanya’’. (al-Kafi J.1 Hal.409, Bab Dunia ini semuanya kepunyaan Imam).
.
Sebenarnya Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: "Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah. Diberikan- Nyakepada sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada hamba-hamba-Nya.” (Surah al-A’raf ayat 128) Allah berfirman lagi: “Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi…..” (Surah al-Hadid ayat 2)
.
2. Antara Aqidah Syiah yang sungguh menyesatkan ialah aqidah bada'. Aqidah ini juga telah dipopularkan oleh Ibn Saba'. Al- Bada' bermakna:
.
• Nyata atau jelas sesuatu setelah tersembunyi seperti yang terpakai dalam firman Allah : 'Dan jelaslah bagi mereka azab daripada Allah yang tidak pemah terftkir oleh mereka”. (Surah az-Zumar ayat 47)
• Timbul fikiran baru tentang sesuatu setelah berlalu sesuatu keadaan yang berlainan daripada apa yang ada dalam pengetahuan seseorang sebelumnya. lni terpakai dalam firman Allah yang berbunyi: ‘Kemudian timbul fikiran pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusof) bahawa mereka mesti memenjarakannya hingga ke suatu masa'. (Surah Yusof ayat 35)
.
3. Antara aqidah Syiah ialah At-Tahrif Fi Al-Quran, iaitu satu aqidah tentang Al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah diubah, di tokok tambah dan di selewengkan.
.
4. Aqidah Al-lmamah dan Al-Walayah, iaitu kepercayaan bahawa imam-imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah ma'sum serta wajib dita'ati.
.
5. Aqidah Takfir al-Sahabah, iaitu satu Akidah yang mengkafirkan kebanyakan para sahabat dan menganggap mereka telah murtad setelah wafatnya Rasulullah s.a.w. kecuali tiga atau empat orang daripada mereka sahaja.
.
6. Aqidah al-Raj'ah, iaitu satu aqidah dan kepercayaan Syiah tentang para imam akan dibangkitkan sebelum qiamat untuk menuntut bela dan menghukum orang-orang zalim yang telah merampas hak-hak mereka.

Comments