. BAHAGIAN 3: BAHAYA KEPADA AKHLAK.


BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA. Oleh Ustaz Mohd Asri Yusof.

.
BAHAGIAN 3: BAHAYA KEPADA AKHLAK.




3.1       Kebiadaban Dan Penghinaan

3.1.1    Kebiadaban dan penghinaan terhadap Nabi-nabi dan Rasul- Rasul.

Orang-orang Syiah dan orang-orang yang diracuni fikirannya oleh fahaman Syiah pasti akan berslfat biadab terhadap Nabi- nabi dan Rasul-rasul.

Mulla Baqir Al-Majlisi meriwayatkan dalam kitabnya Biharu Al-Anwar (secara dusta) daripada Nabi s.a.w. bahawa Nabi s.a. w berkata kepada Ali, “Wahai Ali ! Engkau memiliki apa yang tidak dimiliki olehku, Fatimah isterimu, sedangkan aku tidak mempunyai isteri yang seumpamanya. Daripadanya engkau memperolehi dua anak lelaki yang mana tidak ada bagiku dua orang anak lelaki seumpamanya. Khadijah pula ibu mertuamu sedangkan aku tidak mempunyai ibu mertua yang penyayang seumpamanya. Aku sendiri bapa mertuamu. Sedangkan aku titiak mempunyai bapa mertua yang penyayang seperti bapa mertuamu. Ja’far adalah saudaramu sedangkan aku tidak mempunyai saltdara seumpama Jaafar. Fatimah Al-Hasyimiyyah adalah ibumu, di mana akanku dapat ibu seumpamanya.”
( Kitab Fi bihar al-Anwar-Kitab al-Syahadah, J.5 hal. 511).

Al-Kulaini menyebut bahawa darjat Imamah adalah lebih tinggi daripada darjat Kenabian, Kerasulan dan Khullah. Untuk maksud itu dia (Al-Kulaini) telah berdusta atas nama Jaafar As-Sadiq, bahawa beliau berkata, "Sesungguhnya Allah menjadikan Ibrahim sebagai hamba sebelum menjadikan Ibrahim sebagai Nabi dan menjadikannya sebagai Nabi sebelum menjadikannya sebagai Rasul dan sesungguhnya Allah telah menjadikannya sebagai Rasul sebelum menjadikannya sebagai Khalil dan sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai Khalil sebelum menjadikannya sebagai Imam.” (Kitab al-Hujjah Min al-Kafi, J.1 hal. 175).

Al Kulaini meriwayatkan lagi daripada Saif al-Tammar bahawa beliau berkata, “Kami pernah bersama Abu Abdillah a.s. dalam satu kumpulan di Hijir lsmail, maka Abu Abdullah berkata, “Adakah mata-mata gelap mengikut kita?" kamipun berpaling ke kanan dan ke kiri, tidak kelihatan kepada kami sesiapapun. Maka beliaupun berkata, “Demi Tuhan Ka'bah! Demi Tuhan binaan ini: ( 3 kali) kiranya aku berada di antara Musa dan Khidir a.s. tentu aku menceritakan kepada mereka berdua bahawa aku lebih 'alim daripada mereka berdua apa yang tidak diketahui oleh mereka kerana sesungguhnya mereka telah dikurniakan ilmu tentang masa lampau tetapi mereka berdua tidak dikurniakan ilmu tentang apa yang akan terjadi dan apa yang berlaku sampai hari qiamat. "
(Usul al-Kafi, J.1 hal. 261)

Diriwayatkan juga daripada Jaafar As-Sadiq, “Sesungguhnya aku mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi. Aku mengetahui apa yang ada di Syurga dan di Neraka. Aku mengetahui ilmu tentang zaman silam dan ilmu tentang zaman akan datang." (lbid).

Mereka menganggap bala yang menimpa Nabi Ayyub dan Nabi Yunus yang ditelan ikan sehingga terpaksa terkurung di dalam perut ikan sampai beberapa lama itu, tidak kerana sebab lain melainkan kerana mereka mengingkari walayah Ali (Tafsi r Nur al-Thaqalayn, J.3, hal. 435)
3.1.2    Kebiadapan dan Penghinaan Terhadap Isteri-Isteri Nabi s.a.w.

Mulla Baqir al-Majlisi mengadakan satu bab yang khusus dalam kitabnya, Hayat al-Qulub bertajuk "Bab Yang ke-55 pada menyatakan Kecelakaan Aisyah dan Hafsah. " J .2 hal. 610-612. Di dalam bab ini berkali-kali pengarangnya mengatakan Aisyah dan Hafsah sebagai munafik dan kafir. Beliau mengemukakan riwayat yang kononnya muktabar bahawa Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni Nabi s.a.w. sehingga mengakibatkan kewafatan baginda. Al-Aiyyasyi telah meriwayatkan dengan sanad yang muktabar daripada Imam Ja'afar Sadiq bahawa Aisyah dan Hafsah telah membunuh Rasulullah s.a.w. dengan meracuni baginda.

Di satu tempat yang lain di dalam kitab yang sama Mulla Baqir Al Majlisi meriwayatkan daripada tokoh tafsir Syiah yang terkemuka daripada kalangan Mutaqaddimin iaitu Ali ibn Ibrahim al-Qummi bahawa Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Umar bersama anak perempuan mereka masing-masing telah mengadakan pakatan membunuh Nabi s.a.w. dengan meracuni baginda, begini bunyinya, "maka dua munafik lelaki itu dan dua munafik perempuan itu ( Aisyah dan Hafsah) telah mengadakan pakatan untuk melnbunuh baginda dengan memberikan racun kepada Baginda. " (Ibid).

3.1.3    Kebiadapan dan penghinaan terhadap sahabat-sahabat Rasulullah s.a. w. yang lain

Golongan Syiah mempercayai bahawa para sahabat telah murtad sepeninggalan Rasulullah s.a.w. kecuali tiga atau empat orang daripada kalangan mereka. Tidak ada lagi kebiadapan dan penghinaan yang lebih dahsyat daripada.

Al-Kulaini yang dianggap sebagai Bukhari di kalangan Syiah telah meriwayatkan bahawa para Sahabat telah murtad sepeninggalan Nabi kecuali tiga daripada mereka, iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zaral-Ghifari dan Salman al-Farisi (Al Rawdah Min al Kafi, J. 8, hal 245).

Perkara yang sama telah disebut oleh Al-Majlisi yang dianggap sebagai Khatimatu Al-Muhaddithin di kalangan Syiah yang bermaksud: “Para sahabat semuanya binasa selepas wafat Rasulullah s.a.w. kecuali tiga orang iaitu Abu Zar, Miqdad dan Salman”. (Hayat al Qulub, J. 2, hal 640).


IKUTI KAMI 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

"BERSAMA MENENTANG EKSTREMIS!"



Comments