BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA
Ustaz Mohd Asri Yusof

PENDAHULUAN


Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh Islam. la merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam.

Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidah, Syariah dan umat Islam kita perlu merenung kembali sejarah silam di zaman khalifah Islam ketiga, ketika pergerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan umat di setiap wilayab yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan dengan begitu hebat sebingga akhirnya khalifah umat Islam Uthman bin' Affan yang telah dikahwinkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan dua orang cahaya matanya terkorban syahid, seorang khalifah yang berkali-kali dinyatakan oleb Rasulullah s.a.w. sebagai ahli syurga kerana jasanya dan sumbangannya yang besar terhadap Islam antaranya mencurahkan barta benda yang banyak untuk melengkapkan 'jaisy al 'usrah. Rasulullab s.a.w. bersabda:
"Selepas hari ini tiada amalan lagi yang boleh merosakkan Uthman". (Riwayat Ahmad -Tirmidzi)

Umat Islam setelah itu tidak lagi menumpukan perhatian mereka kepada musuh Islam dan pedang mereka tidak lagi terhunus ke muka musuh-musuh itu yang terdiri daripada orang Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya, tetapi sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri. Pedang dan lembing mereka mula bergemerincing di medan perang saudara sehingga beberapa lama.

Jika di zaman masyarakat Islam yang sebilangan besarnya terdiri daripada orang-orang yang dididik oleh Rasulullah s.a.w . sendiri dan masih ramai yang teguh imannya dan begitu yakin tentang Islam, racun-racun yang disemburkan oleh mereka itu telah dapat melemahkan sebahagian anggota masyarakat Islam sehingga menimbulkan huru-hara yang berkepanjangan, bayangkan bagaimana agaknya jika racun yang begitu berbisa itu di semburkan ke tubuh masyarakat Islam hari ini yang mana anggotanya terdiri daripada orang-orang yang lemah akidahnya, cetek pengetahuannya tentang selok-belok ajaran Islam dan tidak pula mendapat pendidikan Islam yang sempurna. Tentu sekali dalam masa yang singkat wajah masyarakat Islam akan berubah kepada rupa yang sungguh menakutkan.

Apakah intisari ajaran Syiah permulaan yang dikepalai oleh Ibn Saba' itu? Apakah fahaman-fahaman Syiah permulaan yang telah berjaya menggugat Islam dari dalam dan telah melemahkan ikatan persaudaraan Islam pada ketika itu? Jawapannya dapat kita temui dalam ajaran dan fahaman Syiah hari ini .

Umat Islam hari ini perlu menjadikan sejarah yang lampau sebagai pengajaran dan iktibar, supaya sejarah tidak akan berulang lagi. Tidak mungkin umat Islam yang berpegang dengan AI-Quran dan Sunnah boleh terperangkap dengan jerangkap-jerangkap yang dipasang oleh musuh-musuh yang telah tercatat dalam sejarah muram mereka. Mukmin sejati mustahil akan terjebak ke dalam fahaman- fahaman salah yang dikemukakan oleh musuh-musuh yang pernah menikam nenek moyang mereka dahulu kerana Rasullullah s.a.w. telah bersabda:
"Orang Mukmin tidak disengat dua kali di lubang yang sama".

Walaupun golongan Syiah hari ini menafikan hubungannya dengan gerakan Abdullah ibn Saba' dan menyatakan ajaran mereka tidak sama dengan ajaran yang dibawa oleh Ibn Saba' dan rakan-rakannya namun penafian itu tidaklah membawa apa-apa erti jika persamaan antara kedua-duanya diketahui dan diakui oleh umum termasuk Syiah sendiri. Lihatlah kepada Al-Tusi, seorang tokoh ulamak mutaqaddimin Syiah yang dianggap sebagai tokoh yang mendalam ilmunya tentang riwayat dan rijal telah menulis kitab ‘Rijal Kasysyi’ yang dianggar sebagai kitab yang terpenting tentang rijal Syiah.

Sebahagian ahli ilmu menyebut bahawa Abdullah ibn Saba' adalah seorang Yahudi yang kemudiannya memeluk Islam dan membela Saidina Ali a.s. Semasa beliau beragama Yahudi ia berpendapat Yusya' bin Nun merupakan wasi bagi Nabi Musa a.s secara ekstrim. Setelah dia masuk Islam (secara pura-pura), dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajipan melantik Ali sebagai Imam; dan menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh Ali dan melepaskan diri daripada mereka bahkan mengkafirkan mereka. Bermula dari sinilah orang yang menentang Syiah mengatakan sumber bagi ajaran Syiah dan Rafidah ialah agama Yahudi ( Rijat Kasysyi, Hal: 108).

Antara tokoh-tokoh Syiah yang juga telah menyebutkan perkara yang sama ialah An-Naubakhti dalam ‘FiraqAsy Syiah, hal. 43-44', Al Hulli dalam Kitab Al Rijal, Hal. 469. “Mamaqani seorang tokoh ulama mutakhir Syiah tentang Rijal kitabnya Tanqih al Maqal J.2 Hal. 184” ‘al-Ustarabadi dalam Kitab Manhaj al-Maqal, Hal. 203'. Ibn Abi al Hadid dalam Syarh Nahj al-Balaghah, J.2 Hal. 309' Syeikh Abbas al-Qummi dalam kitabnya Tuhfatal-Ahbab, Hal. 184 dan lain-lain.

Di kalangan tokoh-tokoh ahli Sunnah yang te1ah menyebutkan ajaran Ibn Saba' dan peranannya dalam memecahbelahkan umat Islam ia1ah Abu Hasan al-Asy'ari da1am MaqalatalIslamiyyin, J.1 Hal, 50 Abdul Qahir Al Baghdadi dalam AI-Farq Bayn al Firaq, hal. 233-235' Al Isfiraini dalam At-Tabsir Fi al Din, Hal. 108-109, a1- Syahrastani dalamAIMilal Wa alNihal, J.2 Hal, 11 al Tabari dalam Tarikh al Umam Wa al Muluk, J .5 Hal. 90 Ibn Kathir da1am Al Bidayah Wa al Nihayah, J.7 Hal. 167, Hafiz Ibn Hajar dalam Lisan al Mizan, J.3 hal. 289 dan lain-lain.

Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti dan kita mengkaji ajaran Syiah dari semua aspek, aqidah, Syariah, akhlak dan lain-lain maka kita akan mendapati ajaran-ajaran itu telah dirancang sebegitu rupa untuk mengambil alih agama Islam yang sedia ada supaya umat Islam secara tidak sedar menganut dan mengamalkan ajaran-ajaran yang bukan berasal daripada Islam sama sekali, pada ketika itu Islam yang dianuti pada hakikatnya hanya pada nama semata-mata atau Islam yang palsu dan Islam yang palsu ini tentu sekali tidak membimbangkan atau menggugat kedudukan agama-agama dan fahaman-fahaman lain yang terdapat di dunia, tetapi segala-galanya disusun dan direncanakan sehingga umat Islam sendiri yang pengetahuannya tidak begitu mendalam tentang Islam dapat menerima ajaran yang dlkemukakan oleh mereka sebagai ajaran Islam.


IKUTI KAMI 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
.
"BERSAMA MENENTANG EKSTREMIS!"

Comments