[BERITA] POLIS INDONESIA TEMBAK DUA PENGGANAS

POLIS INDONESIA TEMBAK DUA PENGGANAS



SUMATERA UTARA: Dua disyaki pengganas ditembak mati manakala seorang anggota polis skuad anti-keganasan, Densus 88 dilaporkan cedera dalam insiden berbalas tembakan di bandar Datar, daerah Hamparan Perak, di sini, hari ini.
.
Jakarta Post melaporkan, dua suspek disyaki pengganas yang belum dikenal pasti disahkan mati selepas ditembak oleh pegawai Densus 88.Mayat mereka sudah dibawa ke Hospital Polis Bhayangkara di Medan.
.
Ketua Polis Sumatera Utara, Jeneral Inspektor Agus Andrianto berkata, insiden berbalas tembakan berlaku semasa pegawai daripada pasukan Densus 88 melakukan operasi mencari lokasi tempat persembunyian pengganas susulan serangan bom nekad ke atas ibu pejabat polis Medan Rabu lalu.
.
Agus berkata, polis sudah melakukan beberapa operasi serbuan dan salah satunya ialah di bandar Datar, lokasi insiden tembakan itu.
.
“Dua pengganas maut semasa insiden berbalas tembakan antara kumpulan disyaki pengganas dan anggota Densus 88 di lokasi terbabit,” katanya hari ini.
.
Katanya, pihaknya berjaya menahan tiga suspek lain kerana dipercayai anggota pengganas di wilayah Acheh.
.
Agus berkata, anggota Denses 88 dan Polis Sumatera Utara masih memburu saki baki anggota kumpulan lain yang disyaki dalang pengebom nekad di Medan, baru-baru ini. - Agensi
.
Sumber: Berita Harian Online – 16 November 2019
.
.

IKUTI KAMI 👇
 .
"Bersatu Menentang Ekstremis!"

Comments