[BERITA] RAKYAT MALAYSIA SERTAI D@ESH DI
SYRIA PULANG JALANI HUKUMAN
SHAH ALAM: Seramai lapan orang rakyat Malaysia yang sebelum ini menyertai
kumpulan pengganas D@esh di Syria telah pulang semula dan menjalani hukuman di
negara ini. Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti
Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pada
sesi Sinar Live di Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.
.
Menurutnya, menjadi satu kesalahan bagi
mana-mana rakyat Malaysia ke negara bergolak itu dan terlibat dengan kumpulan
pengganas. "Paling baik ialah pulang ke Malaysia untuk menghadapi
undang-undang negara. Keadaan di Syria kini meruncing dengan jumlah wanita dan
kana-kanak yang berada di sana seramai 27 orang.
.
"Balik ke Malaysia dan kita akan
uruskan kemudian tapi bagi wanita dan kanak-kanak kita akan jalankan program
khusus. "Mustahil kanak-kanak berusia lima tahun kita mahu tangkap di
bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Kita akan
menggunakan pakar psikologi dan agamawan untuk memulihkan ideologi mereka
ini," katanya.
.
Menurutnya, dalam konteks menangani
keganasan, pihak polis banyak bergantung kepada maklumat risikan. "Kita
amat memerlukan maklumat yang disalurkan oleh masyarakat awam. Kalau ada ibu
bapa, rakan sepejabat yang sering bercakap atau berkongsi material yang ada
kaitan dengan fahaman-fahaman militan atau mungkin hadis yang disalahtafsir,
ini perlu dimaklumkan kepada pihak berkuasa.
.
"Kedua nak atau tidak kita perlu
pantau aktiviti anak-anak. Ibu bapa kalau boleh jangan merasakan mereka dapat
selesaikan sendiri perkara itu, berhubunglah dengan pihak polis," katanya.
Sementara itu ditanya sama ada benar atau tidak wujud tangan ghaib yang
menyukarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani kumpulan pengganas Harimau
Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Ayob berkata, dalam konteks LTTE, belum ada
dalam sejarah tangkapan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan perkara ini
mungkin menimbulkan persepsi dalam kalangan masyarakat.
.
"Setakat ini Alhamdulillah saya banyak
kali bercakap bahawa kita tidak akan bertolak ansur tidak kira siapa orang ini
atau daripada parti mana mereka ini. "Kalau didapati bersalah kita akan
tangkap. Cukup bukti kita siapkan kertas siasatan dan biarkan Peguam Negara
teliti kertas siasatan itu serta biar mahkamah tentukan hukuman. Prosedur ini
kita ikut.
.
"Semua tindakan kita berdasarkan
undang-undang yang ada. Kalau ada campur tangan, bagaimana dua ADUN ini boleh
dituduh di mahkamah? Isu tangan ghaib ini mungkin satu persepsi,"
jelasnya.
Sumber: Sinar Harian Online - 21 November
2019
.
.
IKUTI KAMI 👇
.
"Bersatu Menentang Ekstremis!"
Comments
Post a Comment