TENTERA BURKINA FASO BUNUH 32 PENGGANAS
OUAGADOUGOU:
Tentera Burkina Faso hari ini berkata, pihaknya membunuh seramai 32 ‘pengganas’
dalam dua operasi di utara negara itu, sejak kelmarin.
.
Menurut
kenyataan tentera, seorang tenteranya terbunuh dalam insiden berbalas tembakan
semasa melakukan rondaan.
.
Katanya,
seramai 24 pengganas terbunuh dalam operasi kelmarin dan lapan orang lagi dalam
operasi semalam. Tambahnya, semasa operasi pertama di Yorsala dalam wilayah
Loroum menyaksikan sejumlah wanita yang ditahan dan digunakan pengganas sebagai
hamba seks, sudah dibebaskan.
.
Katanya,
senjata, peluru dan peralatan lain dirampas semasa operasi kedua di pinggir
bandar Bourzanga di wilayah Bourzanga.
.
Sementara
itu, AFP berkata, jumlah kematian tidak dapat disahkan. Namun, sumber keselamatan
memberitahu bahawa pertempuran sengit telah berlaku dan kira-kira 10 hingga 15
pengganas terbunuh.
.
Difahamkan,
kira-kira 500,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing-masing akibat
keganasan yang dipercayai angkara militan Al-Qa3da dan Da3sh. - AFP
.
Sumber: Berita Harian Online – 17 November 2019
.
.
IKUTI KAMI 👇
.
"Bersatu Menentang
Ekstremis!"
Comments
Post a Comment