PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan pada
Selasa memberi ancaman kepada Kesatuan Eropah (EU) bahawa negara itu mampu
membebaskan kesemua tahanan militan D@ish ke Eropah.
Ia selepas Presiden Turki itu berang dengan
keputusan EU mengenakan sekatan ke atas negaranya kerana menggali gas di
perairan Mediterranean di Cyprus.
Bercakap kepada wartawan sebelum lawatannya
ke Amerika Syarikat, Erdogan berkata Turki akan 'mengembalikan' tentera militan
D@ish ke negara asal mereka walaupun negara-negara tersebut akan menolak
tindakan itu.
Katanya, Turki bukanlah 'hotel' kepada
militan D@ish dalam tahanan serta mengkritik semua negara yang enggan menerima
kembali warganegara mereka yang menyertai kumpulan pengganas berkenaan.
Pada Isnin, Turki telah bertindak mengusir beberapa
warga Amerika Syarikat, Denmark dan Jerman serta mengumumkan rancangan
seterusnya untuk mengusir tujuh lagi warga Jerman, dua warga Ireland dan 11
rakyat Perancis.
Sumber: Astro Awani – 13 November 2019
FOLLOW US 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
"United Against Extremism!"
Comments
Post a Comment