(SAMBUNGAN) BAHAGIAN 3: BAHAYA KEPADA AKHLAK

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA. 

Oleh Ustaz Mohd Asri Yusof.

BAHAGIAN 3: BAHAYA KEPADA AKHLAK (SAMBUNGAN)




3.2          Antara ciri yang tidak dapat dipisahkan daripada Syiah ialah "Taqiyyah".

Taqiyyah pada hakikatnya ialah berdusta dan berbohong. Ulamak Islam di zaman lampu tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh mereka lantaran jelas mereka mengamalkan pembohongan dan kerana itu Imam Syafie berkata, "Tidak pemah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong daripada golongan Syiah".

3.2.1      Syiah ada meriwayatkan hadith daripada lmam mereka tentang pentingnya mengamalkan taqiyyah dan tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan taqiyyah.

Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitabnya Al-Kafi bahawa Jaafar As-Sadiq berkata, "Taqiyyah adalah antara ajaran agamaku dan agalna nenek moyang-ku. Tiada agama bagi orang yang tidak mengamalkan taqiyyah ". (Al-Kafi, J.2 hal. 223).

3.2.2      Taqiyah adalah amalan yang disukai oleh imam ma'sum dan satu amalan yang meninggikan darjat seseorang di sisi Allah. Al-Kulaini meriwayatkan lagi daripada Ja'far al-Sadiq bahawa beliau berkata, “Demi Allah, tiada sesuatu di atas muka bumi ini yang disukai olehku daripada Taqiyyah ".

3.2.3      Sesungguhnya seseorang yang mengamalkan Taqiyyah akan di angkat darjatnya oleh Allah dan Allah merendahkan darjat orang yang tidak mengamalkannya.

Al-Kulaini meriwayatkan daripada Abu Abdillah bahawa beliau berkata, “Allah mengangkat darjat orang yang mempunyai Taqiyyah dan merendahkan orang yang tidak mempunyai Taqiyyah". (Usul al Kafi, J.2 Hal 217).
3.2.4      Taqiyyah perlu dilakukan dalam kebanyakan kehidupan beragama sehingga ia diamalkan dalam sembilan persepuluh kehidupan beragama.

Al-Kulaini meriwayatkan lagi daripada Ja'far al-Sadiq bahawa beliau berkata, "Sesungguhnya sembilan persepuluh agama terletak dalam Taqiyyah, tiada agama bagi orang yang tidak bertaqiyyah". Taqiyyah boleh dilakukan dalam semua hal, kecuali dalam masalah nabiz dan menyapu khuf.

3.2.5      Bahkan ajaran agama Syiah sebenarnya ditegakkan di atas taqiyyah. Al-Kulaini meriwayatkan daripada Ja'far al Sadiq bahawa beliau berkata, "Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa menyebarkannya akan dihina Allah". ( Al Kafi, J.2, hal 222).

3.2.6      Taqiyyah adalah sesuatu yang wajib diamalkan oleh seseorang yang berfahaman Syiah. Seterusnya akan terkeluar daripada Syiah jika tidak mengamalkannya. Diriwayatkan daripada Imam kelapan Ali bin Musa bahawa beliau berkata, “Tiada agama bagi orang yang tidak wara' dan tiada iman bagi orang yang tidak bertaqiyyah. “Maka beliau ditanya, “Wahai cucunda Rasulullah, sampai bilakah (perlu bertaqiyyah) ? Beliau menjawab, " Sampai hari tertentu, iaitu hari munculnya Imam Mahdi. Sesiapa yang tidak mengamalkan taqiyyah sebelum keluarnya Imam Mahdi, bukanlah dia daripada kalangan kami ". ( Kasyf al-Ghummah Al-Ardabili, hal 341).

3.2.7      Kadang-kadang orang-orang Syiah berdalih dengan berkata bahawa taqiyyah itu bukanlah satu amalan yang bercanggah dengan Islam kerana seseorang boleh mengucapkan kalimah kufur dalam keadaan terpaksa dan dikerasi seperti yang berlaku kepada Ammar ibn Yasir.
Tetapi sebenarnya ini hanya dolak dalih mereka kerana terlalu banyak riwayat Syiah yang mengemukakan contoh amalan taqiyyah dalam keadaan tiada sebarang tekanan dan paksaan.
Antaranya ialah riwayat yang dikemukakan oleh Al-Kulaini daripada Muhammad bin Muslim bahawa beliau berkata, "Aku masuk untuk menemui Abu Abdillah (JaafarAs-Sadiq a.s.) ". Pada ketika itu di sisinya ada Abu Hanifah, lalu aku berkata kepadanya, " Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Aku telah bermimpi suatu mimpi yang aneh. "Maka beliaupun berkata kepadaku, 'Wahai Ibn Muslim, kemukakanlah mimpimu itu. Sekarang ada orang yang arif tentangnya di sini. ' "Sambil dia mengisyaratkan dengan tangan ke arah Abu Hanifah. Aku pun menceritakan, 'Aku bermimpi aku masuk ke dalam rumahku. Tiba-tiba keluar isteriku dengan membawa banyak buah badam dan dihemburkannya buah badam itu kepadanya. Aku berasa sungguh hairan dengan mimpiku ini'.
Maka Abu Hanifah pun menta'birkan mimpiku dengan berkata, "Engkau akan bertengkar dan berhadapan dengan orang- orang yang bangsat berhubung dengan harta pusaka isterimu, tetapi selepas engkau mengalami susah payah engkau akan juga mendapat hajatmu daripada harta pusaka itu, Insyaallah '. "

Mendengar ta'bir itu Abu Abdillah (Ja'far al Sadiq) pun berkata, “Demi Allah! tepat ta'birmu itu, Wahai Abu Hanifah. Muhammad bin Muslim", Tidak lama kemudian Abu Hanifah pun keluar dari sisinya (Jaafar Sadiq). Lalu berkata kepadanya,. “Semoga diriku di jadikan tebusan untukmu. Aku tak suka kepada Ta'bir nasibi ini, “lalu ia berkata, " Wahai lbn Muslim: Semoga Allah tidak memburukkan padahmu!. Tab’bir mereka tidak akan menepati ta'bir kita dan ta'bir kita pula tidak akan menepati ta'bir mereka, ta 'bir mimpimu yang sebenar bukanlah seperti yang diceritakannya. Muhammad bin Muslim berkata, "Akupun berkata kepadanya (Jaafar As-Sadiq); Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Bagaimana dengan katamu tadi (kepada Abu Hanifah), 'tepat ta'birmu' dan engkau bersumpah pula atas ta'birnya padahal dia salah? beliau berkata, "Memang benar aku bersumpah tadi dan mengatakan ia tepat, tetapi tepat salah." (Ar-Rawdah Min Al-Kafi, J.8 hal 292).

Kita semua maklum Abu Hanifah bukannya seorang penguasa dan pemerintah yang perlu digeruni dan ditakuti bahkan dia adalah salah seorang yang tidak disenangi oleh pihak penguasa, tetapi apakah yang mendorong Jaafar As Sadiq bersikap demikian jika tidak untuk menghidupkan amalan taqiyyah.

3.2.8      Khomeini sendiri mengajar Syiah mengamalkan taqiyyah ketika membicarakan tentang perkara-perkara yang membatalkan solat, katanya, “Perkara kedua (yang membatalkan sembahyang) ialah takfir iaitu meletakkan satu tangan di atas tangan yang lain ( dakap qiam) seperti yang dilakukan oleh orang-orang bukan daripada kalangan kita. Tetapi tidak mengapa melakukannya dalam keadaan taqiyyah.” (Tahrir al-Wasilah J.1 hal 186).

Dia berkata lagi, "Dia sengaja mengucapkan 'Amin' selepas selesai membaca Fatihah (juga membatalkan sembahyang) kecuali kerana taqiyyah, tidak mengapa mengucapkannya ". (Tahrir al Wasilah J.1 hal 190).

Comments