[ SIRI 2 ]: BAHAYA KEPADA SYARI'AT

BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK, UMMAH DAN NEGARA
Ustaz Mohd Asri Yusof

[ SIRI 2 ]: BAHAYA KEPADA SYARI'AT


Sememangnya musuh-musuh Islam yang merupakan pengasas Syiah melalui ajaran yang diada-adakan oleh mereka bermaksud supaya diketepikan dan diperkecilkan syari'at yang dibawa oleh Nabi s.a.w, sebaliknya syari'at  yang dikemukakan oleh mereka tentu sekali akan bertentangan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

1.            Al-Quran menyatakan bahawa seseorang akan diberi balasan dan ganjaran mengikut amal yang dilakukan olehnya (Al- Naml ayat 39). Seseorang manusia tidak menanggung dosa seseorang yang lain (Al- An'am ayat 164). Tiap-tiap diri bertanggungjawab atas apa yang telah dibuatnya (Al- Muddaththir, ayat 38), orang-orang yang tidak sembahyang akan dimasukkan ke dalam neraka (Al Muddaththir ayat 41 dan 42) dan orang-orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan membunuh orang-orang yang tidak bersalah dan orang-orang yang berzina akan diisi ke dalam neraka pada hari qiamat nanti kecuali mereka yang bertaubat, beriman dan mengerjakan.

2.            Golongan Syi'ah juga tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana mereka ada meriwayatkan daripada Ja’afar al-Sadiq bahawa beliau berkata: “Sesungguhnya Allah menghindarkan azab dan kebinasaan daripada orang yang tidak sembahyang daripada kalangan kita dengan orang yang sembahyang daripada Syiah kita. Dan sesungguhnya Allah menghindarkan (azab dan siksaan) daripada Syi’'ah yang tidak mengeluarkan zakat dengan syi'ah kita yang mengeluarkan zakat, dan sesungguhnya Allah menolak azab dan siksaan daripada Syi’ah kita yang tidak mengerjakan haji dengan syi'ah kita yang mengerjakannya " (Tafsir al-Qummi. J.1 hal. 83 dan 84 dan Tafsir al Ayyasyi. J.1 hal. 135).

Mereka tidak memandang berat terhadap sembahyang, zakat dan haji kerana sudah mencukupi jika segolongan yang mengerjakan sembahyang dan menunaikan haji. Tetapi disebalik pandangan mereka yang sepi terhadap ajaran dan syari'at yang ditekankan dan digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk dikerjakan, mereka mengadakan syari'at yang lain sebagai gantinya.

Mereka di galakkan supaya mengerjakannya dan diperbanyakkan pula fadhilat dan keutamaan orang yang mengerjakannya iaitu syari’at cintakan Ahlul Bait, ziarah kubur para imam, mengisi dan meratapi kematian mereka, menyebarluaskan perhubungan seks yang bebas atas nama kahwin mut’ah, mewajibkan khumus atas nama imam mereka yang ghaib, mengutamakan tanah karbala berbanding dengan tanah Mekah dan Madinah, menambah ucapan syahadah dalam azan dan lain-lain lagi.

3.            Untuk membuktikan syariat yang diada-adakan oleh mereka itu, mereka mengembangkan riwayat-riwayat (yang direka oleh mereka) dan mentakwilkan ayat-ayat sebagai alasan syar’i atau sebagai surat-surat pengampunan dan keredaan daripada pihak Allah dan Nabi untuk masuk ke syurga.

             Mereka meriwayatkan bahawa menziarahi Husin a.s. (kuburnya) menyamai seratus haji mabrur dan seratus umrah yang diterima Allah. (Al- Irsyad-Syikh Mufid, hal. 252).

             Mereka meriwayatkan juga bahawa Nabi ada bersabda: "Seseorang yang menziarahi Husin selepas kematiannya pastilah dia mendapat syurga". (Ibid).


             Untuk mendapat syurga, seseorang yang tidak mampu menziarahi kuhur Sayyidina Husin, cukuplah dia menangis kesyahidan beliau sebagaimana yang diriwayatkan daripada Muhammad al-Baqir bahawa beliau berkata, “tidak jatuh setitik air mata kerana menangisi Al-Husin melainkan pasti Allah akan mengampunkan dosa seseorang itu walaupun banyaknya dosa itu seperti buih-buih di laut dan pastilah dia mendapat syurga” ( Jila al-Uyun-al Majlisi, J.2. hal 464-468).

4.            Islam mengadakan institusi perkahwinan demi menjaga keturunan manusia dan kemurnian hidup berkeluarga dalam satu ikatan tanggungjawab tetapi sebaliknya Syi'ah mahu menghidupkan amalan jahiliah atas nama Islam dengan mengemukakan Syari'ah mut'ah, meminjam dan menyewakan seks dan menghalalkan amalan kaum Lut dengan isteri-isteri mereka. Kedudukan mut'ah ini begitu penting dalam Syi'ah kerana tidak dikira seseorang itu sebagai Syi' ah selagi ia tidak menganggap halal amalan mut'ah.

             Untuk menggalakkan amalan mut' ah ini mereka mengadakan sekian banyak hadith palsu atas nama para Imam mereka yang dua belas dan kepada Nabi s.a.w sendiri di mana mereka meriwayatkan daripada Nabi bahawa baginda bersabda: "Sesiapa yang keluar dari pada dunia (mati) dalam keadaan tidak pernah melakukan mut'ah, dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan rompong"(tidak ada hidung).

             Perkahwinan mut'ah tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan (Tahdhib Al-Ahkam, J.7 hal 254; An-Nihayah, hal 489). la boleh dilakukan antara seorang perempuan dengan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan dengan perempuan pelacur sekalipun seperti kata Khomeni di dalam kitabnya Tahrir Al- Wasilah, J.2 hal 292 dan tidak perlu disoal dan diambil tahu sama ada perempuan itu mempunyai suami atau tidak (al-Nihayah al- Thusi, hal. 489; Tahdhib al-Ahkam, J.7 hal 253).

             Perempuan boleh dikahwini secara mut'ah mengikut Syiah tanpa had. la tidak terbatas sampai empat orang sahaja, tetapi mengikut apa yang mereka riwayatkan daripada Ja'far al Sadiq, beliau ada berkata, "Berkahwinlah dengan mereka secara mut' ah walaupun sampai seribu orang kerana mereka itu termasuk di antara perempuan yang disewakan". (Al-Istibar, J.3 hal 147; Tahdhib Al Ahkam, J.7 hal 259).

             Mas kahwin untuk nikah mut'ah pula tidak terlalu besar, hanya memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar, (Al Furu Min al Kafi, J.5 ha1457; Tahdhib al Ahkam, J .7 hal 260).

             Selain daripada itu seseorang lelaki boleh berkahwin secara mut'ah dengan seorang perempuan beberapakali sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ja'far al-Sadiq bahawa beliau berkata, "Tidak mengapa, seseorang boleh melakukan mut'ah dengan seorang perempuan seberapa kali yang dikehendakinya". (Al-Furu' Min al- Kafi, J.5, hal 460).


IKUTI KAMI 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
.
"BERSAMA MENENTANG EKSTREMIS!"

Comments