TENTERA SRI LANKA BUNUH EMPAT DISYAKI MILITAN DAESH


COLOMBO: Pasukan keselamatan Sri Lanka yang berbalas tembakan dengan kumpulan militan yang bersekutu dengan D@esh, berjaya membunuh sekurang-kurangnya empat daripada mereka di timur negara itu, semalam.

.
Jurucakap tentera Sumith Atapattu berkata, lelaki bersenjata memulakan tembakan terhadap tentera ketika mereka cuba menyerbu sebuah rumah di bandar Kalmunai, dekat sini.
.
“Semasa pertempuran itu, dua lelaki terbunuh,” katanya sambil menambah bahawa seorang penduduk awam yang terperangkap dalam insiden berbalas tembakan turut terbunuh.
.
Polis kemudian berkata, operasi pembersihan dijalankan semalam menunjukkan empat orang disyaki pengebom nekad terbunuh semasa pertempuran semalaman itu.
.
“Kami menjumpai empat mayat disyaki pengebom nekad,” kata kenyataan polis yang juga mengesahkan seorang penduduk awam terbunuh dalam insiden berbalas tembakan sementara tiga yang lain melarikan diri.
.
Operasi bersama antara polis dan tentera dijalankan susulan insiden pengeboman nekad semasa sambutan Easter pada Ahad lalu yang turut membunuh 260 orang. - AFP
.
Sumber: Berita Harian Online - 19 November 2019
.
.
IKUTI KAMI ðŸ‘‡
.
"Bersatu Menentang Ekstremis!"

Comments