PERHIDMATAN
Keselamatan Ukraine mendakwa telah menahan seorang komander tertinggi D@ish, Al Bar Shishani,
dalam satu operasi baru-baru ini.
Badan itu menerusi
kenyataan di Facebook pada Jumaat memaklumkan, Al Bar Shishani, yang merupakan
warga Georgia, ditahan di wilayah Kyiv. Menurutnya, dia ditahan berhampiran
sebuah rumah yang didiaminya, bagaimanapun, tarikh sebenar tangkapan dibuat
tidak dinyatakan.
Agensi Perisikan Pusat
(CIA) dan polis Georgia turut terlibat dalam operasi tersebut.
Sejak 2012, Al Bar
Shishani dilaporkan berkhidmat sebagai timbalan kepada 'Menteri Perang' D@ish, Abu Omar
al-Shishani, yang diisytiharkan mati pada 2016.
Pada tahun sama, Al
Bar Shishani didakwa telah ke Turki, sebelum tiba di Ukraine pada 2018
menggunakan pasport palsu.
Sumber: Astro Awani – 16 November 2019
https://bit.ly/35fM6Qw
FOLLOW US 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
"United Against Extremism!"
Comments
Post a Comment