KIGALI:
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam serangan sekumpulan lelaki
bersenjata ke atas sebuah gereja di timur Burkina Faso semasa upacara misa pada
Ahad, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan kerajaan.
"Sekumpulan
lelaki bersenjata tidak dikenali melakukan serangan itu semasa upacara misa
pada Ahad di sebuah gereja Protestan di pekan Hantoukoura berhampiran kawasan
yang bersempadan dengan Niger.
"Serangan ini
malangnya telah menyebabkan 14 orang terbunuh dan ramai yang cedera,” menurut
kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut
tentera di wilayah tersebut telah melancarkan operasi terhadap penyerang. Kira-kira
21 orang terbunuh dalam serangan yang menyasarkan penganut Kristian sejak
Februari, menurut pihak berkuasa. Penganut Kristian merupakan satu pertiga
daripada jumlah penduduk Burkina Faso.
Presiden Roch Marc
Kabore pada November menggesa agar rakyat negara itu kekal berani dan bersatu
dalam menentang kumpulan pengganas selepas 37 orang maut manakala lebih 60 lagi
cedera dalam satu serangan ke atas konvoi yang menghantar pekerja tempatan
sebuah syarikat perlombongan Kanada iaitu Semafo.
Tiga kumpulan militan
utama telah didapati menimbulkan kekacauan di bahagian utara dan timur negara
itu. Laporan menunjukkan bahawa beratus-ratus orang terbunuh setakat ini pada
2019 manakala lebih 150,000 melarikan diri dari rumah masing-masing susulan
serangan yang berlaku di seluruh wilayah Sahel.
Full
article: Bernama – 02 November 2019
FOLLOW
US:
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
"United Against Extremism!"
Comments
Post a Comment