[ARTIKEL] SIRI 1: BAGAIMANA MENGELAK JERAT TERORIS


[ARTIKEL] SIRI 1: BAGAIMANA MENGELAK JERAT TERORIS
PENULIS: PROF. MADYA DR. MOHAMAD MIZAN ASLAM

SEHINGGA Disember 2018, seramai 620 individu telah ditahan kerana penglibatan mereka dalam kegiatan bersabit terorisme. Hampir 50 peratus daripada mereka yang ditahan ini adalah merupakan warga asing yang datang dari pelbagai negara termasuklah Indonesia, Filipina, Iraq, Iran, Libya, Perancis, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, Sudan, Jordan, Nepal, Maghribi, Yemen, China (Uighur) dan Rusia (Chechen).

Tangkapan pada dua tahun yang terakhir ini menunjukkan bahawa jumlah warga asing yang ditahan telah mengatasi jumlah rakyat tempatan iaitu masing-masing 56 pada 2017 dan 28 pada 2018. Jumlah ini dijangka akan bertambah walaupun berlaku penurunan yang ketara hasil dari penguatkuasaan dan pemantauan serta pencegahan.

Walaupun perkara berkaitan terorisme ini agak tabu untuk dibincangkan dalam masyarakat Malaysia, akan tetapi keadaan yang berlaku akhir-akhir ini menjadikan subjek ini perlu diperjelaskan dan disebarluaskan.

Maklumat berkaitan terorisme tidak lagi menjadi hak eksklusif pihak berkuasa semata-mata, ia perlu diperjelaskan dan diambil serius oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. Sebagai inividu yang waras dan berpendidikan, pengetahuan berkaitan terorisme tidak boleh dielakkan kerana setiap individu adalah berpotensi untuk menjadi radikal dan ekstrem jika tidak mampu memahami subjek ini dengan sebaiknya.

Mereka yang terjebak dalam kebejatan perjuangan ISIS atau menjadi teroris bukan sahaja dalam kalangan mereka yang beraliran agama semata-mata, malah golongan profesional dan cerdik pandai juga ramai yang berakhir di Syria dan Iraq mahupun di penjara sama ada di Malaysia mahupun di Turki, Pakistan, India, Indonesia, Filipina dan Teluk Guantanamo, AS.

Ikuti Kami:
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://facebook.com/al-haqcentremalaysia

“BERSAMA MENENTANG KEGANASAN”

Comments