[BERITA] 27 AKTIVIS DICULIK MILITAN TALIBAN


KABUL: Seramai 27 aktivis keamanan diculik militan Taliban di lebuh raya di wilayah Farah di barat Afghanistan, kata pegawai dan aktivis keamanan hari ini.

Timbalan Gabenor wilayah Farah, Massoud Bakhtawar berkata, semasa kejadian kumpulan terbabit dalam perjalanan menaiki enam kereta dari Herat menuju kejiranan Farah pada petang semalam sebelum konvoi mereka dihalang militan di lebuh raya utama dan dibawa ke lokasi tidak diketahui.

Seorang daripada anggota aktivis terbabit, Bismillah Watandost berkata, kumpulan mereka telah merancang melakukan lawatan ke beberapa tempat bagi melakukan misi keamanan dan menggesa gencatan senjata api daripada beberapa kumpulan yang bertelagah di Afghanistan.

Kumpulan yang dikenali sebagai People's Peace Movement ditubuhkan bagi membantah serangan ganas selepas insiden bom kereta di stadium di wilayah selatan Helmand tahun lalu yang mengorbankan 17 orang awam dan mencederakan 50 yang lain.

Sejak tahun lepas, aktivis-aktivis melawat banyak tempat di Afghanistan dengan melakukan konvoi di kawasan dikuasai Taliban bagi menuntut keamanan dan gencatan senjata antara militan dan kerajaan Afghanistan. – Reuters

Sumber: Berita Harian – 25 Disember 2019
📌 https://bit.ly/2Q69TgJ

Ikuti Kami:
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia 
https://twitter.com/alhaqcentre
https://facebook.com/al-haqcentremalaysia

“BERSAMA MENENTANG KEGANASAN”

Comments