PART 1 – PENGENALAN: GERAKAN EKTREMIS DI MALAYSIA


GERAKAN EKTREMIS DI MALAYSIA
PART 1 – PENGENALAN
Penulis: Hanif Yusabra Yusuf



Sebelum Malaysia berhadapan dengan ancaman gerakan ekstremis Daesh, perjalanan sejarah Malaysia telah pun menyaksikan pengalamannya dalam berhadapan dan menangani aktiviti subversif komunis dan juga kegiatan pelampau militan yang telah menjadi ancaman keselamatannya sebagai sebuah negara yang berdaulat. Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, berbilang bangsa dan agama yang mana kumpulan-kumpulan etnik hidup bersama dalam suasana yang majmuk di dalam sebuah negara dan mewujudkan kepelbagaian budaya serta adat resam, juga tidak dapat berlindung sepenuhnya dari ancaman ekstremisme yang membawa kepada gerakan ekstremis, radikal dan militan. Kemunculan kumpulan ekstremis atau militan bukanlah fenomena baru di Malaysia. Ia telah berlaku semenjak negara belum mengecap kemerdekaan lagi.  Artikel ini membincangkan latar belakang dan permasalahan gerakan kumpulan-kumpulan ekstremis di Malaysia. Perbincangan menumpukan kepada kumpulan-kumpulan ekstremis tempatan (homegrown extremist) dan kumpulan-kumpulan di Malaysia ekstremis yang mempunyai rangkaian antarabangsa. Ini bertujuan untuk memberikan kefahaman berhubung dengan gerakan dan matlamat perjuangan mereka serta melihat tindakan kerajaan melalui pihak berkuasa menangani kumpulan-kumpulan tersebut. Artikel ini turut menyorot insiden-insiden penting yang melibatkan perlakuan ganas kumpulankumpulan ekstremis di Malaysia.

FOLLOW US:
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

"United Against Extremism!"

Comments