PART 3 : KUMPULAN EKSTREMIS TEMPATAN - Tentera Sabilullah / Pertubuhan Angkatan Sabilullah (1966)



GERAKAN EKTREMIS DI MALAYSIA
PART 3 : KUMPULAN EKSTREMIS TEMPATAN
PENULIS: HANIF YUSABRA YUSUF

Terdapat beberapa kumpulan ekstremis tempatan (home-grown extremist) di Malaysia yang lahir dan beroperasi di dalam negara, namun tidak terlibat dengan rangkaian kumpulan ekstremis dan radikal antarabangsa serta tidak mempunyai sebarang hubungan dengan gerakan dari luar negara. Perjuangan mereka lebih kepada memfokuskan usaha ekstrem mereka secara khusus di dalam negara sahaja. 

.
Pihak berkuasa mengenal pasti selain kumpulan-kumpulan ekstremis Islam, terdapat juga beberapa kumpulan ekstremis tempatan bergerak sebagai kumpulan dakwah songsang dan ajaran sesat. Kumpulan-kumpulan ini turut terlibat dengan perlakuan ganas sehingga ke tahap mengancam, mencedera dan membunuh orang awam dan juga membuat onar menggugat keselamatan negara.
.

1. Tentera Sabilullah / Pertubuhan Angkatan Sabilullah (1966)

Tentera Sabilullah telah ditubuhkan pada tahun 1966 berikutan dengan pengharaman Persatuan Melayu Semenanjung (PEMAS) pada tahun 1965. PEMAS diharamkan kerana membawa ideologi perkauman yang melampau.
.
Tentera Sabilullah telah merancang untuk membakar masjid bagi tujuan untuk mengaitkan perbuatan khianat itu sebagai tindakan oleh masyarakat bukan Islam agar tercetus permusuhan kaum.
.
Matlamat utamanya ialah untuk mewujudkan apa yang mereka dakwa sebagai “Negara Islam” dan ianya telah menarik ahli-ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk turut sama menjadi ahli Tentera Sabilullah (KDN, 1984).
.
Pada tahun 1978, mereka yang radikal menubuhkan pula Pertubuhan Angkatan Sabilullah yang mana matlamatnya adalah sama seperti Tentera Sabilullah iaitu untuk mewujudkan apa yang mereka dakwa sebagai sebuah “Kerajaan Islam” dengan menggunakan kekerasan.
.
Pertubuhan Angkatan Sabilullah telah menganjurkan satu tunjuk perasaan besar-besaran di Kedah pada Januari 1980 sehingga membawa kepada kekecohan dan penahanan 14 orang ahli-ahlinya.
.
FOLLOW US:


"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"

Comments