PART 3.1 : KUMPULAN EKSTREMIS TEMPATAN- Golongan Rohaniah (1971)


GERAKAN EKTREMIS DI MALAYSIA
PART 3.1 : KUMPULAN EKSTREMIS TEMPATAN

PENULIS: HANIF YUSABRA YUSUF

Terdapat beberapa kumpulan ekstremis tempatan (home-grown extremist) di Malaysia yang lahir dan beroperasi di dalam negara, namun tidak terlibat dengan rangkaian kumpulan ekstremis dan radikal antarabangsa serta tidak mempunyai sebarang hubungan dengan gerakan dari luar negara. Perjuangan mereka lebih kepada memfokuskan usaha ekstrem mereka secara khusus di dalam negara sahaja.

Pihak berkuasa mengenal pasti selain kumpulan-kumpulan ekstremis Islam, terdapat juga beberapa kumpulan ekstremis tempatan bergerak sebagai kumpulan dakwah songsang dan ajaran sesat. Kumpulan-kumpulan ini turut terlibat dengan perlakuan ganas sehingga ke tahap mengancam, mencedera dan membunuh orang awam dan juga membuat onar menggugat keselamatan negara.


2. Golongan Rohaniah (1971) 

Golongan Rohaniah telah ditubuhkan di Kelang, Selangor oleh Haji Abdul Talib bin Haji Abdul Mutalib Naim. Ajaran ini diasaskan kepada bukunya “Mengenal Roh”.  Kumpulan ini turut mempengaruhi beberapa orang kenamaan dan pegawai kerajaan, serta telah merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan bagi menubuhkan apa yang dikatakan “Negara Islam” dengan menghapuskan sistem beraja dan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

Pihak berkuasa berjaya membongkar konspirasi dan strategi radikal Golongan Rohaniah ini dengan penahanan 11 orang pemimpin atasan mereka di bawah ISA. 11 unit pistol revolver automatik, 743 butir peluru bom tangan telah ditemui dalam beberapa serbuan di beberapa tempat di sekitar lembah Kelang.  Selain itu, pakaian seragam tentera, 60 bendera dan buku manifesto kumpulan ini telah dirampas oleh polis (KDN, 1984).


FOLLOW US:
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"

Comments