PART 3.2 : KUMPULAN EKSTREMIS TEMPATAN- Koperasi Angkatan Revolusi Islam Malaysia (1974)


GERAKAN EKTREMIS DI MALAYSIA
PART 3.2 : KUMPULAN EKSTREMIS TEMPATAN
PENULIS: HANIF YUSABRA YUSUF


Terdapat beberapa kumpulan ekstremis tempatan (home-grown extremist) di Malaysia yang lahir dan beroperasi di dalam negara, namun tidak terlibat dengan rangkaian kumpulan ekstremis dan radikal antarabangsa serta tidak mempunyai sebarang hubungan dengan gerakan dari luar negara. Perjuangan mereka lebih kepada memfokuskan usaha ekstrem mereka secara khusus di dalam negara sahaja.

Pihak berkuasa mengenal pasti selain kumpulan-kumpulan ekstremis Islam, terdapat juga beberapa kumpulan ekstremis tempatan bergerak sebagai kumpulan dakwah songsang dan ajaran sesat. Kumpulan-kumpulan ini turut terlibat dengan perlakuan ganas sehingga ke tahap mengancam, mencedera dan membunuh orang awam dan juga membuat onar menggugat keselamatan negara.

3. Koperasi Angkatan Revolusi Islam Malaysia (1974)

Koperasi Angkatan Revolusi Islam Malaysia (KARIM) merupakan satu lagi kumpulan yang mana motif perjuangannya adalah untuk menggulingkan kerajaan yang memerintah melalui aktiviti keganasan dan militan.
.
Ia telah diasaskan oleh Mohd Ali bin Abdul Rani di Kuala Lumpur. Kumpulan ini menyasarkan perjuangan mereka kepada pembentukan republik baru di negara ini, yang dikenali sebagai Kerajaan Republik Islam. KARIM telah mendapat sokongan di peringkat akar umbi termasuk bekas Komando Elit Tentera Malaysia.
.
Namun, pada Januari 1980, KARIM telah diharamkan setelah 14 orang ahli termasuk 5 orang pemimpinnya telah ditahan di bawah ISA. Dalam penahanan tersebut, pihak berkuasa turut merampas 282 butir peluru, bom tangan dan bayonet (KDN, 1984).


FOLLOW US:


"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"

Comments