PART 3.4 : KUMPULAN EKSTREMIS TEMPATAN- Kumpulan Jundullah (1987)




GERAKAN EKTREMIS DI MALAYSIA
PART 3.4 : KUMPULAN EKSTREMIS TEMPATAN
PENULIS: HANIF YUSABRA YUSUF


Terdapat beberapa kumpulan ekstremis tempatan (home-grown extremist) di Malaysia yang lahir dan beroperasi di dalam negara, namun tidak terlibat dengan rangkaian kumpulan ekstremis dan radikal antarabangsa serta tidak mempunyai sebarang hubungan dengan gerakan dari luar negara. Perjuangan mereka lebih kepada memfokuskan usaha ekstrem mereka secara khusus di dalam negara sahaja.

Pihak berkuasa mengenal pasti selain kumpulan-kumpulan ekstremis Islam, terdapat juga beberapa kumpulan ekstremis tempatan bergerak sebagai kumpulan dakwah songsang dan ajaran sesat. Kumpulan-kumpulan ini turut terlibat dengan perlakuan ganas sehingga ke tahap mengancam, mencedera dan membunuh orang awam dan juga membuat onar menggugat keselamatan negara.

5. Kumpulan Jundullah (1987)

Kumpulan "Jundullah" atau "Tentera Allah" telah ditubuhkan di Kelantan oleh Abdul Latiff bin Mohammad, bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu.
.
Penubuhannya adalah untuk mewujudkan pemerintahan Islam di Malaysia melalui tindakan militan dan menjadi benteng kepada orang-orang Islam sekiranya berlaku rusuhan kaum (Dewan Rakyat, 1988).
.
Terdapat di kalangan ahli-ahlinya yang mendapat latihan militan bersama dengan puak pemisah dan pemberontak di Selatan Thailand.
.
Namun, Oktober 1987, kumpulan ini telah dilumpuhkan oleh kerajaan setelah kebanyakan pemimpinnya ditahan di bawah ISA melalui “Operasi Lalang”.
.
Operasi tersebut telah menyaksikan penahanan seramai 106 orang di bawah ISA, untuk mengelakkan ketegangan kaum dan rusuhan di Malaysia.
.
FOLLOW US:


"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"

Comments