PART 3.5 : KUMPULAN EKSTREMIS TEMPATAN- Kumpulan Mujahidin Kedah (1986)


GERAKAN EKTREMIS DI MALAYSIA
PART 3.5 : KUMPULAN EKSTREMIS TEMPATAN
PENULIS: HANIF YUSABRA YUSUF


Terdapat beberapa kumpulan ekstremis tempatan (home-grown extremist) di Malaysia yang lahir dan beroperasi di dalam negara, namun tidak terlibat dengan rangkaian kumpulan ekstremis dan radikal antarabangsa serta tidak mempunyai sebarang hubungan dengan gerakan dari luar negara. Perjuangan mereka lebih kepada memfokuskan usaha ekstrem mereka secara khusus di dalam negara sahaja.
.
Pihak berkuasa mengenal pasti selain kumpulan-kumpulan ekstremis Islam, terdapat juga beberapa kumpulan ekstremis tempatan bergerak sebagai kumpulan dakwah songsang dan ajaran sesat. Kumpulan-kumpulan ini turut terlibat dengan perlakuan ganas sehingga ke tahap mengancam, mencedera dan membunuh orang awam dan juga membuat onar menggugat keselamatan negara.
.
6. Kumpulan Mujahidin Kedah (1986)

Kumpulan Mujahidin Kedah (KMK) telah ditubuhkan pada bulan Februari 1986 dan  telah memainkan peranan penting dalam pembentukan KMM. Ajaran dan matlamat utama kumpulan ini turut menekankan kepada jihad dan menegaskan adalah menjadi kemestian kepada setiap orang Islam untuk berjihad mendirikan negara Islam. 
.
KMK juga menggalakkan ahli-ahlinya untuk mencari syahid sebagai puncak tertinggi keimanan untuk mendapat ganjaran yang besar dari Tuhan.  Kegiatan kumpulan ini terbongkar, setelah pihak berkuasa berjaya mengaitkan mereka dengan insiden serangan pada 5 Jun 1988, di Sik, Kedah.
.
 Mereka telah melakukan sabotaj dengan membakar pentas untuk kegunaan satu program utama Kerajaan Persekutuan yang melibatkan Perdana Menteri dan beberapa Menteri Persekutuan bersama dengan rakyat Kedah. 
.
Hasil siasatan dan risikan pihak berkuasa, pada Mei 1989, 23 orang ahli termasuk pemimpin kumpulan ini ditahan di bawah ISA. Namun begitu, beberapa orang di kalangan mereka berjaya melarikan diri, antaranya Zainon Ismail. 
.
Beliau telah meloloskan diri ke luar negara dan mengambil bahagian dalam peperangan di Afghanistan. Di sana beliau mendapat latihan militan dan menyertai kumpulan Mujahidin Afghanistan menentang Kesatuan Soviet (Mohd Mizan, 2009).

FOLLOW US:
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"

Comments