PART 3.6 : KUMPULAN EKSTREMIS TEMPATAN- Kumpulan Perjuangan Islam Perak (1986)



GERAKAN EKTREMIS DI MALAYSIA
PART 3.6 : KUMPULAN EKSTREMIS TEMPATAN
PENULIS: HANIF YUSABRA YUSUF


Terdapat beberapa kumpulan ekstremis tempatan (home-grown extremist) di Malaysia yang lahir dan beroperasi di dalam negara, namun tidak terlibat dengan rangkaian kumpulan ekstremis dan radikal antarabangsa serta tidak mempunyai sebarang hubungan dengan gerakan dari luar negara. Perjuangan mereka lebih kepada memfokuskan usaha ekstrem mereka secara khusus di dalam negara sahaja.
.
Pihak berkuasa mengenal pasti selain kumpulan-kumpulan ekstremis Islam, terdapat juga beberapa kumpulan ekstremis tempatan bergerak sebagai kumpulan dakwah songsang dan ajaran sesat. Kumpulan-kumpulan ini turut terlibat dengan perlakuan ganas sehingga ke tahap mengancam, mencedera dan membunuh orang awam dan juga membuat onar menggugat keselamatan negara.
.
7. Kumpulan Perjuangan Islam Perak (1986)

Kumpulan Perjuangan Islam Perak telah ditubuhkan di negeri Perak pada Mac 1986, oleh Sidek bin Mohd Noor yang merupakan seorang pemimpin Dewan Pemuda PAS Perak. Penubuhannya juga mempunyai kaitan dengan KMK dan turut sama terlibat dengan pembentukan KMM.
.
Matlamat kumpulan ini adalah untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan membangunkan sebuah kerajaan berasaskan Islam tulen. Kumpulan ini berjaya menarik golongan belia di sekitar Perak yang mana latihan ketenteraan turut diberikan kepada ahli-ahli mereka.
.
Pada tahun 1988, kumpulan ini telah terlibat dalam aktiviti keganasan dan jenayah dengan  membakar harta-benda, struktur dan bangunan, termasuk membakar beberapa kedai loteri Sports Toto di sekitar Perak.
.
Kumpulan ini telah diharamkan dan dibubarkan pada Mei 1989 berikutan dengan penahanan 27 orang pemimpin dan ahli-ahlinya oleh pihak polis (Mohd Mizan, 2009).
.
FOLLOW US:
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"


Comments