PART 4.1 : KUMPULAN EKSTREMIS MALAYSIA DAN RANGKAIAN ANTARABANGSA- Jemaah Islamiyah (1993)



GERAKAN EKTREMIS DI MALAYSIA
PART 4.1 : KUMPULAN EKSTREMIS MALAYSIA DAN RANGKAIAN ANTARABANGSA
PENULIS: HANIF YUSABRA YUSUF



2. Jemaah Islamiyah (1993)

Gerakan Jemaah Islamiyah (JI) merupakan gerakan yang telah disiytiharkan oleh Jabatan Negara AS sebagai kumpulan ekstremis pengganas antarabangsa. JI yang berasal dari Indonesia telah berkembang ke beberapa negara di Asia Tenggara dan telah turut ditubuhkan di Malaysia pada 1993 oleh Abu Bakar Ba’asyir dan Abdullah Sungkar ketika bersembunyi daripada pemerintah Indonesia di Malayia.
.
Matlamat perjuangan mereka kononnya adalah untuk mewujudkan Negara Islam di Asia Tenggara atau Daulah Islamiah Nusantara, yang terdiri dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand Selatan, dan Mindanao di Filipina, bahkan juga mencakupi Papua dan Australia. JI bercita-cita hendak menegakkan undang-undang Islam sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Nabi, para sahabat, dan generasi terdahulu melalui jihad.
.
JI turut mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda, MILF, Abu Sayyaf, dan kumpulan-kumpulan pemisah Muslim lainnya yang ada di Asia Tenggara yang mempunyai persamaan ideologi dan cita-cita hendak mendirikan negara Islam. JI telah merancang untuk mengebom beberapa kepentingan barat yang berada di negara-negara Asia Tenggara. Mereka pernah membuat tinjauan di Malaysia dengan tujuan untuk menyerang KLIA, Bukit Aman, KLCC dan juga rangkaian Restoran KFC dan McDonalds.
.
JI telah melakukan beberapa siri pengeboman di Indonesia; pusat hiburan di Bali pada 12 Oktober 2002, hotel J.W. Marriot, Jakarta, pada 5 Ogos 2003, pengeboman di depan pejabat Kedutaan Australia di Jakarta pada 9 September 2004, dan beberapa siri pengeboman gereja di Indonesia pada tahun-tahun sebelumnya.
.
Antara rakyat Malaysia yang terlibat dengan JI adalah Dr. Azhari Husin dan Noordin Mohammad Top yang telah mendalangi kejadian pengeboman di Indonesia. Pihak polis telah membuat beberapa siri penangkapan ke atas pengikutpengikut JI dan kumpulan serpihan JI yang berada di Malaysia.
.
Dari tahun 2001 hingga 2013 seramai 132 orang berjaya ditangkap dan ditahan di bawah ISA dengan terdapat di kalangan mereka yang diletakkan di bawah perintah sekatan (Ayob Khan, 2013).
.
IKUTI KAMI:

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"

Comments