GERAKAN EKTREMIS DI MALAYSIA
PART 5 : INSIDEN KEGANASAN OLEH KUMPULAN EKSTREMIS
DAN IMPAK TERHADAP KESELAMATAN
PENULIS: HANIF YUSABRA YUSUF
1. Insiden Balai Polis Batu Pahat (1980)
16 Oktober 1980 menyaksikan serangan
militan oleh kumpulan ekstremis Kumpulan Mohd Nasir Ismail di Batu Pahat,
Johor. Kumpulan ini telah ditubuhkan oleh Mohd Nasir Ismail, yang berasal dari
Kemboja.
Dia telah mengakui bahawa dirinya sebagai
Imam Mahadi dan pengikutnya dianggap sebagai tentera Allah di muka bumi.
Perjuangan mereka adalah untuk menubuhkan apa yang mereka dakwa “Negara Islam”
di Malaysia melalui jihad.
Kemuncak aktiviti kumpulan itu adalah
apabila Mohd Nasir dan 14 pengikutnya yang meyakini diri mereka kebal dari
sebarang senjata, telah menyerang balai polis, Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat
dan Mahkamah Syariah dengan menggunakan pedang dan berpakaian jubah putih.
Kumpulan itu nekad melakukan serangan
tersebut kononnya atas nama jihad dengan tujuan menakluki Batu Pahat dan
kemudiannya meneruskan penaklukan mereka ke atas Malaysia. Motif serangan
kumpulan tersebut di Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat dan Mahkamah Syariah
setelah mengamuk di balai polis dikatakan berikutan keputusan hakim mengatakan
ajaran dibawa kumpulan itu adalah sesat.
Kejadian serangan itu telah mengakibatkan
17 orang anggota polis dan awam cedera, manakala 8 orang pengikut kumpulan itu
terbunuh serta 6 orang cedera (KDN, 1984).
IKUTI KAMI:
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"
Comments
Post a Comment