PART 5.1 : INSIDEN KEGANASAN OLEH KUMPULAN EKSTREMIS- Insiden Memali (1985)



GERAKAN EKTREMIS DI MALAYSIA
PART 5.1 : INSIDEN KEGANASAN OLEH KUMPULAN EKSTREMIS
DAN IMPAK TERHADAP KESELAMATAN
PENULIS: HANIF YUSABRA YUSUF


2. Insiden Memali (1985)

Insiden Memali ini merujuk kepada peristiwa yang telah berlaku di Kampung Memali, Baling, Kedah pada 19 November 1985. Kumpulan Revolusi Islam Ibrahim Libya yang telah ditubuhkan oleh Ibrahim bin Mahmood, seorang ahli dan tokoh PAS, atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya telah dikaitkan dengan peristiwa berdarah tersebut.
.
Kumpulan ini merancang untuk menggulingkan kerajaan, yang dikatakan masih mengekalkan undang-undang kafir dan jahiliah, melalui rampasan kuasa secara bersenjata.
.
Aktiviti-aktiviti kumpulan ini juga telah membawa kepada tindakan mengkafirkan sesama Islam, memulaukan mereka yang tidak menyokong mereka dan menanamkan konsep jihad dan syahid mengikut pemahaman sendiri.
.
Keadaan ini telah membawa permusuhan di kalangan masyarakat Islam setempat.  Pihak berkuasa telah bertindak untuk menangkap dan menahan Ibrahim Libya setelah dipujuk beberapa kali untuk menyerah diri, namun usaha tersebut telah ditentang oleh Ibrahim Libya dan dihalang oleh pengikut-pengikutnya sehingga membawa pertumpahan darah.
.
Insiden tersebut telah meragut nyawa 18 orang daripada keduadua pihak dengan 4 orang anggota polis dan 14 orang daripada pihak penyokong Ibrahim Libya, yang turut mengorbankan Ibrahim Libya. Sebanyak 23 orang anggota polis dan 14 orang awam telah mengalami kecederaan (Dewan Rakyat Malaysia, 1986).
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"


Comments