PERTEMPURAN TERUS BERLAKU DI SYIRIA, ORANG AWAM JADI MANGSA



LUAR NEGERA - Pasukan tentera kerajaan telah menawan berpuluh buah bandar dan kampung di barat laut Syria daripada kumpulan pemberontak berikutan pertempuran ganas selama beberapa hari. Ia menyebabkan orang awam melarikan diri dari kawasan itu.

Kemaaran tentera kerajaan di Idlib berjaya dibuat dengan jet pejuang tentera Rusia berterusan mengebom wilayah di selatan menyebabkan tujuh orang awam yang cuba melarikan diri maut. Serangan di darat oleh tentera yang setia kepada kerajaan membolehkan mereka hampir berjaya menawan salah satu kawasan pinggir bandar terbesar dan terakhir yang dikuasai oleh pihak pemberontak.

Penduduk di selatan Idlib keluar berpusu-pusu dari bandar itu kerana bimbang dengan pertempuran yang berlaku. Hampir 30 ribu penduduk melarikan diri dan lebih 40 orang awam dilaporkan terbunuh di wilayah itu sejak minggu lepas.

Pekerja penyelamat bertungkus lumus cuba untuk membawa orang awam keluar dari kawasan pertempuran.


Source: Berita RTM – 23 Dec 2019

IKUTI KAMI:
https://facebook.com/alhaqcentremalaysia
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"

Comments