KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan
siasatan berhubung perhimpunan dipercayai dihadiri bekas anggota Parti Komunis
Malaya (PKM) di sebuah kolej swasta di Kajang, hari ini. Ketua Polis Daerah
Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata maklumat mengenai
penganjuran program itu sudah diperoleh.
“Setakat ini tiada sebarang laporan
diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung perhimpunan itu,
bagaimanapun kita sudah memperoleh maklumat mengenai penganjurannya.
“Ia berlangsung secara tertutup dan kita
masih dalam tindakan menyiasat segala aspek yang berkaitan penganjuran
perhimpunan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu sebuah portal berita melaporkan
300 individu terdiri daripada bekas anggota PKM hadir satu perhimpunan di
Kajang. Isu komunis kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini selepas abu
mayat bekas pemimpin PKM, Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia pada 16 September
lalu.
Portal Malaysiakini melaporkan, abu mayat
Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia dari Thailand oleh sekumpulan individu,
sebelum ditabur di laut berhampiran Lumut di Perak, dan sebahagian lagi di
kawasan hutan banjaran Titiwangsa.
Sumber: Berita Harian – 01 Disember 2019
FOLLOW US 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
.
"UNITED AGAINTS EXTREMISM!"
Comments
Post a Comment