89 TENTERA NIGER MAUT KEM DISERANG MILITAN ISLAM



NIAMEY (NIGER) : Seramai 89 anggota tentera Niger terbunuh apabila kem mereka di barat negara itu diserang militan Islam tiga hari lalu, umum kerajaan menerusi stesen radio awam semalam.

“Selepas usaha mencari secara menyeluruh, jumlah kematian disahkan seramai 89 orang di pihak tentera, manakala pihak musuh kehilangan 77 anggota,” kata jurucakap Zakaria Abdourahame.

Tempoh berkabung selama tiga hari turut diisytiharkan sebagai menghormati tentera yang terkorban.

Terdahulu, jumlah kematian dalam serangan di kem Chinegodar, Khamis lalu itu disahkan sebanyak 25 orang.

Sekumpulan penyerang lengkap bersenjata dilaporkan menyerbu kem berkenaan, iaitu lokasi sama mengorbankan puluhan anggota tentera dalam serangan terdahulu.

Serbuan berhampiran sempadan Mali yang bergolak itu dilakukan sekumpulan penyerang menaiki beberapa buah kenderaan dan motosikal.

Ia berlaku di Tillaberi, sempadan Burkina Faso iaitu lokasi sama meragut nyawa 71 tentera Niger pada serangan Disember lalu, yang didakwa dilakukan militan Daesh.

Serangan terbaharu itu adalah yang terburuk ke atas tentera Niger sejak keganasan militan Islam merebak dari negara jiran Mali pada 2015.

Insiden pada Disember itu juga mendoribg pemimpin negara Sahel G5 menggesa kerjasama erat dan bantuan antarabangsa dalam mengekang ancaman militan Islam.

Keganasan kumpulan militan semakin menular di kebanyakan negara Sahel, khususnya Burkina Faso dan Niger, bermula dengan revolusi militan Islam di utara Mali pada 2012.

Ribuan penduduk awam terkorban dan lebih sejuta terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing sejak itu. - AFP


Sumber: Berita Harian Online– 13 Januari 2020

IKUTI KAMI 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com/
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
.
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"

Comments