ANGGOTA JIHAD SERANG PUSAT BANTUAN DI TIMUR LAUT NIGERIA





KANO: Anggota pergerakan jihad bersenjata berat didakwa mendalangi keganasan melampau dengan melancarkan serangan terhadap pusat bantuan menempatkan pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di timur laut Nigeria.
.
Sumber tentera memaklumkan tiada pekerja PBB dicederakan dalam serangan terbabit, namun lima orang, masing-masing seorang askar dan empat penyerang dilaporkan terbunuh ketika saling berbalas tembakan.
.
Susulan itu, PBB menyatakan pihaknya berang dengan keganasan didalangi anggota pergerakan jihad terbabit dengan menyasarkan kemudahan bantuan kemanusiaan yang menempatkan lima pekerja ketika serangan berlaku.
.
Pasca serangan, katanya, keseluruhan bahagian di kompleks itu hangus terbakar, termasuk beberapa kenderaan PBB yang digunakan untuk menghantar bekalan dan bantuan kemanusiaan.
.
Seorang pekerja PBB berkata anggota jihad berkenaan menggunakan senjata berat seperti pelancar bom roket dan mesingan antipesawat ketika bertempur dengan tentera di kompleks penempatan bantuan kemanusiaan itu.
.
“Tentera berupaya menyelamatkan petugas di kem pangkalan mereka ketika pertempuran sedang berlaku,” katanya.
.
Penyelaras misi kemanusiaan PBB di timur laut Nigeria, Edward Kallon, mengakui terkejut dengan tindakan keganasan dan tahap serangan yang dilancarkan terhadap kompleks berkenaan.
.
Pegawai tentera Nigeria pula berkata penyerang dalam insiden terbabit turut meninggalkan sebuah kenderaan sarat dengan muatan bahan letupan, dipercayai untuk tujuan serangan bunuh diri di pusat kemudahan itu.
.
Media sebelum ini melaporkan seramai 12 petugas misi kemanusiaan terbunuh di timur laut Nigeria pada tahun lalu susulan konflik di wilayah terbabit terus memuncak sehingga menyaksikan usaha penyaluran bantuan berdepan pelbagai kekangan.
.
Setakat ini, dua petugas misi kemanusiaan masih dalam tahanan anggota pergerakan jihad selepas mereka diculik. - AFP
.
Sumber: Berita Harian Online– 20 Januari 2020
.
IKUTI KAMI ðŸ‘‡

.
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"

Comments