QUETTA: Angka korban akibat pengeboman
sebuah masjid di Quetta, barat daya Pakistan, meningkat kepada 15 pada Sabtu
(11 Jan), dedah para pegawai di tengah-tengah keganasan militan yang semakin
berleluasa.
Sebuah alat letupan buatan sendiri meledak
dalam masjid itu semasa waktu solat sebelah malam, membunuh 13 orang dan
mencederakan lebih 20 yang lain, menurut polis.
ISIS mengaku bertanggungjawab ke atas
pengeboman itu, yang menurutnya menyasarkan seminari Taliban Afghanistan.
Wilayah Balochistan yang kaya dengan bahan
galian dan gas, yang mana Quetta adalah ibu kotanya, terletak di tengah-tengah
Koridor Ekonomi China-Pakistan bernilai AS$60 bilion << >>,
sebahagian daripada projek Jaluran Ekonomi Laluan Sutera.
Namun keganasan di wilayah itu menimbulkan
kebimbangan mengenai keselamatan projek-projek yang dirancang seperti hubungan
bekalan tenaga dari barat China ke pelabuhan selatan Gwadar di Pakistan.
Serangan pada Jumaat adalah yang kedua di
bandar itu minggu ini, sedang polis mendedahkan pihaknya mematahkan satu lagi
percubaan serangan pengebom nekad di bandar Rawalpindi dekat Islamabad, selepas
dia menembak mati dua anggota polis.
"Dua daripada mangsa yang tercedera
mati semalam malam di hospital," kata Menteri Dalam Negeri Zia Langove,
sambil menambah bahawa enam orang masih dalam keadaan kritikal.
Sumber: Berita Mediacorp– 12 Januari 2020
.
IKUTI KAMI 👇
https://al-haqcentre.blogspot.com/
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
.
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"
Comments
Post a Comment