[BERITA] ‘PERLU UNDANG-UNDANG BEZAKAN SKALA ANCAMAN KEGANASAN’




Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata terpulang kepada pihak polis untuk menyiasat dan mencari bukti bagi menentukan skala sesuatu ancaman keganasan sama ada kecil atau besar. Pada masa yang sama, Mahathir berkata kerajaan mengkaji semula undang-undang pencegahan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 untuk menentukan lebih jelas sesuatu keganasan.
.
Ini katanya termasuk tindakan keganasan langsung dan tidak langsung serta sokongan yang tidak diketahui. "Secara am, undang-undang ini (Sosma) diguna pakai untuk menahan individu yang terlibat dengan keganasan, sebagai contoh mengikat bom di badan mereka atau membuat rancangan untuk membunuh seseorang.
.
"Tetapi, pada masa yang sama, terdapat juga orang-orang (ditahan) dengan bukti yang lebih rendah, mereka mengambil gambar dengan orang yang kemudian dikenal pasti sebagai pengganas. “Ia bukan kesalahan mereka sendiri," kata Mahathir pada sesi menteri menjawab di Dewan Rakyat pagi ini.
.
Mahathir memberi satu lagi contoh seperti individu yang disyaki mempunyai hubungan dengan pengganas kerana memberi sumbangan sejumlah kecil wang, sedangkan tindakan itu tidak memberi kesan kepada kestabilan kerajaan.
.
"Ini tertakluk kepada polis untuk membezakan antara tuntutan dengan sedikit bukti dan tindakan yang jelas akan mengancam keselamatan negara.
.
"Kerajaan perlu kaji semula undang-undang itu kerana kami lihat keperluan untuk menentukan kesalahan kecil dan tindakan yang mengancam keselamatan negara," katanya. Mahathir menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara berhubung kes terbaru seorang individu ditahan bawah Sosma tanpa dia sedar terlibat dalam tindakan keganasan kerana memberikan derma. Terdahulu, Mahathir mengulangi komitmen kerajaan untuk mengkaji undang-undang Akta Pencetakan dan Penerbitan 1984, Akta Rahsia Rasmi, dan Akta Pencegahan Jenayah 1959.
.
Sumber: Malaysia Kini – 03 Dis 2019

IKUTI KAMI 👇🏼

Comments