[SIRI 1] KEGANASAN BOLEH HANCURKAN DUNIA
📌Ravindran Raman Kutty
📌Ravindran Raman Kutty
Dalam usaha memahami maksud sebenar keganasan, secara luaran ia merupakan tindakan agresif yang dilakukan individu terhadap pihak lain sama ada secara perseorangan atau kumpulan yang besar.
Bagaimanapun, hasil daripada pemerhatian lebih mendalam mendapati bahawa tindakan yang dilakukan secara luaran sebenarnya merupakan manifestasi keadaan dalaman diri seseorang itu.
Kita berpelukan bila wujud rasa sayang, kita jengkel terdapat sesuatu yang jijik, dan menarik diri atau menunjukkan tindak balas fizikal apabila ketakutan. Begitu juga apabila diserang.
Sepertimana tsunami memberi kesan kepada kepada gempa bumi yang berlaku di dalam lautan, begitu juga tingkah laku agresif kita - refleksi keadaan dalaman yang ketegangan, tertekan dan defensif.
Ini adalah sesuatu yang dapat dilihat dengan jelas jika kita lihat lebih mendalam dengan jujur. Oleh itu, kita mesti memutuskan sama ada mahu menghukum dan memisahkan mereka yang memaparkan gejala agresif, atau bersatu dalam perpaduan serta membantu mereka yang berselindung di sebalik kesamaran agar dapat melihat keindahan dalam diri mereka.
Keganasan dipupuk ketika seseorang belia masih di zaman kanak-kanak lagi. Melalui minda fotografi mereka yang masih muda, mereka meniru cara kita bercakap, berkelakuan, bersosial dan bergerak.
Mereka mudah menerima setiap bentuk bahasa yang diucapkan dan tindakan yang dipaparkan kepada mereka. Minda bawah sedar mereka terbentuk berdasarkan persekitaran tempat tinggal mereka.
Keganasan, pengabaian emosi, penindasan, penderaan dan bahasa yang kasar yang digunakan adalah beberapa faktor penyumbang yang masuk ke dalam deria mereka dan kemudiannya diproses oleh otak, disimpan dalam minda di bawah sedar dan menyumbang secara mendalam ke arah rumusan refleksi dan cara mereka melihat dunia disekeliling.
Apabila mengalami zaman kanak-kanak yang sukar atau hidup dalam persekitaran yang ganas, kanak-kanak berpotensi mengamalkan keganasan sebagai cara hidup yang boleh diterima untuk terus maju, menuntut dan mendapatkan kuasa. Inilah potensi tenaga yang menjadi sebahagian daripada diri mereka selama bertahun-tahun.
Perkembangan otak manusia paling mudah terpengaruh dalam beberapa tahun pertama kehidupan, membentuk asas refleks bagi kehidupan masa hadapannya.
Sumber: Bernama.com
IKUTI KAMI👇
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"
Comments
Post a Comment