[ARTIKEL]
[SIRI 2] NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Menyelusuri surah al kahfi kita dapat
memahami makna kemerdekaan dalam erti kata sebenar, beberapa kisah yang
dinyatakan dalam surah ini mengambarkan kepada kita tentang erti merdeka.
Pertama :Kisah Ashabul Kahfi mengambarkan
kemerdekaan bermaksud bebas daripada keruntuhan akhlak dan kemurkaan ALLAH.
Lantaran itu, Islam datang menyelamatkan tamadun manusia daripada sistem
perhambaan, sama ada perhambaan sesama manusia ataupun perhambaan terhadap hawa
nafsu yang diselaputi oleh syirik, kekufuran, kemungkaran dan kemaksiatan.
Kisah tujuh pemuda yang menyelamatkan diri mereka dari raja yang zalim dan
tetap berpegang teguh dengan aqidah yang benar menjauhkan diri dari kekufuran
itulah kemerdekaan iaitu memerdekakan diri dari kesesatan kepada cahaya
keimanan.
Kedua: Kemerdekaan menurut Islam sebagai
al-Salam (kesejahteraan, kedamaian dan keamanan), Bagaimana hebatnya zulqarnain
memerintah Negara dengan penuh bijaksana membawa rahmah kepada rakyatnya. Kisah
yang berbicara tentang raja mulia yang menguasai ilmu dan kekuatan, Ia
mengelilingi dunia ini dan menebarkan kebaikan di muka bumi. Ia mampu
membendung kejahatan Ya'juj dan Ma'juj dengan mendirikan tembok kukuh. Kisah
ini mengabarkan ujian kekuasaan. Sehingga tidak sewenang-wenang berbuat aniaya
dan membuat kerusakan di muka bumi. Pemerintahan yang mengambarkan penguasa
yang tidak terfitnah dengan kekuasaan dan kekuatannya. Ia gunakan Anugerah
Allah tersebut untuk mencari akhirat dengan membuat kebaikan di muka bumi dan
menolong manusia lemah sehingga wujudlah kesejahteraan,keselamatan, kedamaian
dan keamanan.
Ketiga: Kisah pemilik kebun. Ia lupa dengan
pemberi nikmat. Sehingga melampaui batas. Ia tidak bersyukur lalu Allah
menghancurkan segala nikmat tersebut sekelip mata, sehingga dia berada dalam
penyesalan. Kisah ini menerangkan tentang bahaya fitnah dunia berupa harta dan
anak. “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai
perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang
terbaik perbuatannya.”(QS. Al-Kahfi: 7) Kemerdekaan sebenar ialah kita mampu
menyelamatkan diri dari penyakit wahan. Seorang sahabat bertanya: ‘Ya
Rasulullah, apa penyakit al wahan itu?.’ 5 Rasulullah menjawab:‘Al Wahan adalah
penyakit cinta dunia dan takut mati’ (HR. Abu Dawud).
IKUTI KAMI👇
https://al-haqcentre.blogspot.com/
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"
Comments
Post a Comment