[ARTIKEL]
[SIRI 3] NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Selain itu, kemerdekaan bukan bermakna kita
bebas melakukan apa sahaja dalam hidup ini. Pengisian kemerdekaan hendaklah
dilaksanakan mengikut acuan yang sebenar ke arah perpaduan, ukhuwwah dan kasih
sayang. Rasulullah apabila berhijrah ke Madinah telah mempersaudarakan antara
golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah. Pada masa yang sama juga Rasulullah
dengan bijaksananya turut mengadakan perjanjian kerjasama antara orang Islam
dan bukan Islam.
Bertitik tolak dari sinilah gagasan
Rahmatan Lil Alamin yang berteraskan maqasid al-Syariah dan model malaysia
diimplimentasikan sebagai satu gagasan baru kerajaan dalam mengurus tadbir
negara menuju Negara Rahmah, Dalam gagasan ini hubungan sesama manusia dengan
tujuan saling memahami dan menghormati antara satu sama lain di beri perhatian
dan penekanan. Penciptaan manusia dengan kriteria dan watak yang berbeza dan
terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan sudah tentulah berbeza dari segi
cara hidup, adat dan budaya serta amalan keagamaan.
Oleh itu, bagi memastikan kemerdekaan dapat
dikecapi selama-lamanya kepelbagaian ini hendaklah dilangsungkan di negara kita
dengan murni dan penuh toleransi, maka kita perlulah saling memahami kehendak
dan kewajipan masingmasing. Allah SWT memerintahkan kita untuk bersatu dan
saling kenal mengenal antara satu sama lain. Allah SWT sebagaimana firman-Nya
dalam Surat AlHujurat Ayat 13:
Maksudnya: Hai manusia, sesungguhnya Kami
menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang
yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Mengenal.
IKUTI KAMI👇
https://al-haqcentre.blogspot.com/
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"
Comments
Post a Comment