[SIRI 4] BAGAIMANA MENGELAK JERAT TERORIS
PENULIS: DR MOHAMAD MIZAN ASLAM
Memasuki Syria melalui Turki dengan tujuan
melancong juga dikira mencurigakan terutamanya apabila bergerak secara
sendirian atau dalam kelompok beberapa orang lelaki. Walaupun adalah agak tidak
adil memberikan satu asumsi general, akan tetapi menggelakkan corak perjalanan
yang mampu memberikan rasa curiga kepada mana-mana pihak berkuasa amat perlu
dielakkan.
Faktor terakhir adalah berkaitan dengan
individu yang ditemui. Setiap anggota masyarakat seharusnya peka dengan
individu yang berada dalam senarai Polis atau Interpol. Sama ada pertemuan
berlaku di negara ini mahupun ketika diluar negara, ia haruslah dielakkan.
Ada kemungkinan seseorang itu dipelawa oleh
rakannya untuk ke majlis tertentu atau menemui mana-mana indvidu, maka dia
harus tahu apakah majlis tersebut dan siapakah yang akan ditemuinya. Walaupun
beliau hanya menemani rakan atau ahli keluarganya, akan tetapi mereka juga
boleh dikaitkan dengan teroris jika tidak berhati-hati. Malah kerajaan juga
harus mengelakkan individu yang kontroversial daripada hadir ke negara ini yang
akan menyebabkan lebih banyak kerosakan berbanding kebaikan.
Sebagai individu yang cerdik dan terdidik,
rasa peka dan sensitiviti yang tinggi perlulah dimiliki. Jangan hanya kerana
rupa paras, ilmu dan kebolehan bertutur dalam bahasa Arab serta kemampuan
menterjemahkan Quran dan Hadis dengan baik maka semuanya dipercayai tanpa usul
periksa. Ada ramai ilmuan yang terpesong dan mempromosikan ideologi ekstrem
melalui kuliah-kuliah ilmu mereka. Hati-hati dengan semua perkara yang dijelaskan
diatas dan ambillah pendekatan sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna.
Setiap individu boleh masuk ke dalam jerat
terroris jika gagal memahami apa yang ada di sekitarnya. Islam dan agama-agama
lain di dunia ini mempromosikan keamanan dan kesejahteraan. Jika ada mana-mana
ajaran yang menggalakkan permusuhan dan pembunuhan, ia perlukan ditolak dan
yang paling penting dilaporkan kepada pihak berkuasa bagi menggelakkan sesiapa
sahaja terjerat dalam kepalsuan perjuangan terroris.
Ikuti Kami:
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://twitter.com/alhaqcentre
https://facebook.com/al-haqcentremalaysia
“BERSAMA MENENTANG KEGANASAN”
Comments
Post a Comment