[ARTIKEL]
[SIRI 4] NEGARA RAHMAH UMMAH SEJAHTERA
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Pendekatan yang dibawa oleh Nabi Muhammad
SAW yang unik bagi mewujudkan kesatuan ummah dengan menyeru umat Islam
mengukuhkan perpaduan dan persefahaman antara satu sama lain.
Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh dan
cara menunaikan kewajipan terhadap agama, masyarakat dan negara dengan
memperkukuhkan persefahaman dan perpaduan penduduk Madinah yang terdiri
daripada pelbagai kaum, bangsa, agama dan keturunan yang termeterai melalui
Piagam Madinah.
Abu Sufian RA ketika diutus Rasulullah SAW
ke Parsi, telah mengadap Raja Herculis. Herculis bertanya kepada Abu Sufian apa
yang diperintahkan oleh Nabi SAW, Abu Sufian menyatakan: “Sembahlah Allah Yang
Maha Esa, jangan mensyirikkan Tuhan, Islam adalah agama Tuhan, menyuruh kami
melaksanakan solat, bersifat jujur, meninggalkan perbuatan buruk dan menyambung
silaturrahim. (Muttafaqun alaih).
Berdasarkan penjelasan Abu Sufian RA kepada
pemimpin bukan Islam tersebut jelas bahawa amalan saling memahami dan
menghormati adalah dasar 7 penting yang berperanan untuk menangani isu
kemasyarakatan dalam sesebuah negara.
Kemerdekaan ialah suatu nikmat dan usaha
untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian adalah satu tuntutan. Sebagai
mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekalian
untuk menghayati intipati khutbah yang menyeru kita semua sebagai umat Islam
supaya:
Pertama : Mensyukuri nikmat kemerdekaan,
keamanan dan kesejahteraan.
Kedua : Melaksanakan pengisian kemerdekaan
mengikut acuan Islam ke arah perpaduan, ukhuwwah dan kasih sayang kepada
negara.
Ketiga : Untuk mengekalkan keharmonian dan
kemakmuran dalam masyarakat majmuk, kita hendaklah saling memahami dan bersatu
padu serta berpegang teguh kepada ajaran Islam yang membawa rahmah seluruh
alam.
Keempat : Hendaklah kita sentiasa bersyukur
di atas segala nikmat Allah.
IKUTI KAMI👇
https://al-haqcentre.blogspot.com/
https://twitter.com/alhaqcentre
https://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"
Comments
Post a Comment