[SIRI 2.0]: DAESH.
Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
Universiti Kebangsaan Malaysia Jurnal Komunikasi UKM,
Vol. 32 (2) 2016, ISSN 2289-1528, Scopus.
Universiti Kebangsaan Malaysia Jurnal Komunikasi UKM,
Vol. 32 (2) 2016, ISSN 2289-1528, Scopus.
Daesh, sebuah gerakan kumpulan pengganas yang tidak memerlukan ketua atau pemimpin tetap. Kematian pemimpin atau ketua tidak memberi kesan terhadap operasi Daesh di serata dunia mahupun dalam dunia maya. Sebuah gerakan yang adaptif kepada persekitaran. Mampu melantik ahli mengikut kesesuaian geopolitik sesuatu tempat. Kumpulan yang tidak boleh di ajak berunding atau berbincang untuk hubungan diplomasi dua hala. Ekonomi berasaskan rompakan dan dana sumbangan dari para simpati.
.
Beroperasi di kawasan merbahaya yang sukar di tembusi oleh pasukan khas dan elit dunia. Sehingga kini tidak ramai wartawan yang mampu menjejaki mereka ke dalam teras kumpulan ini dan menemuramah mereka. Kalau ada pun dia pasti bukan seorang kulit putih dari Amerika Syarikat seperti wartawan Jerman bernama Jürgen Todenhöfer yang menjadi lelaki barat kulit putih pertama yang berjaya masuk ke dalam kawasan kawalan 8 Daesh di Mosul dan Raqqa pada tahun 2016. Itupun dia perlu memeluk Islam dan menggunakan nama Islam iaitu Abu Qatadah sebagai teknik mengkaburi mata Daesh untuk tidak dibunuh.
.
Daesh mahu membunuh sesiapa sahaja yang berada di laluan mereka dengan pelbagai cara yang kejam hingga kartel dari Mexico ingin menuntut dari mereka. Daesh juga dikenali dengan gerakan yang membawa sepanduk bewarna hitam sebagai warna rasmi dan berusaha ke arah penubuhan Negara khilafah Islam dan seterusnya mengalahkan Negara barat dan sekutunya dengan AK-47, Rocket-Propelled Launcher dan kereta Humvee hadiah dari Amerika Syarikat yang dicuri dari tentera Iraq.
.
Sebelum dikenali sebagai Daesh kumpulan ini digelar dengan pelbagai gelaran lain. Menurut York (2015), dalam bahasa Arab kumpulan ini dikenali sebagai ad-Dawlah alIslamiyah fil-Iraq wash-Sham, iaitu nama yang menjurus kepada singkatan gelaran Da’ish, Da’eesh atau Daesh dalam sebutan bahasa Arab. York (2015) menambah lagi, kebanyakan komuniti Islam dan bukan Islam melihat kumpulan ini tidak mewakili agama Islam sebenar (hlm. 1). Walaubagaimanapun, di Malaysia, kumpulan Daesh lebih dikenali sebagai Katibah Nusantara. Menurut Armandhanu (2016), seorang pemerhati terorisme dari Universitas Indonesia iaitu Ridlwan Habib berkata, Katibah Nusantara adalah masyarakat berbahasa Melayu untuk kumpulan Daesh di Asia Tenggara. Anggotanya terdiri dari rakyat Malaysia, Indonesia dan Filipina Selatan.
.
Selain itu Daesh sebelum ini juga dikenali dengan empat nama yang popular iaitu Islamic State of Iraq and Syria (ISIS), Islamic State of Iraq and Levant (ISIL), Islamic State (IS) dan Daesh. Nama ISIS adalah nama yang digunakan ketika kumpulan itu menawan Bandar ke dua terbesar di Iraq iaitu Mosul pada bulan Jun 2014 dimana hanya dengan kekuatan 800 ahli, Daesh berjaya mengalahkan 30,000 askar Iraq yang dilatih oleh Amerika Syarikat. Nama ISIL pula 9 adalah gelaran popular yang digunakan oleh Barack Obama.
.
Nama IS pula adalah nama penjenamaan semula oleh kumpulan ini sebagai strategi global menjangkaui operasi kawasan selain Iraq dan Syria, secara spesifiknya ke benua Asia Tenggara. Nama Daesh pula adalah sebutan Islamic State dalam bahasa Arab iaitu Daulah Islamiyah yang disngkatkan. Walaupun mempunyai perbezaan nama namun mereka adalah dari kumpulan pengganas yang sama dengan objektif menegakkan Islam di bumi Iraq dan Syria serta melawan penjajahan Amerika Syarikat dan sekutunya di bumi Asia Timur dengan cara paling ganas dan kejam.
.
Realitinya gerakan Daesh terdiri dari orang Islam berfahaman Sunni namun gerakan ini tidak mewakili semua orang Islam beraliran sama dan ia telah menerima kecaman hebat dari semua negara dalam dunia. Menurut Bolanos (2016), Ban Ki-moon berkata, seluruh ketua Negara Islam bersetuju bahawa kumpulan seperti ISIL – atau Daesh – tiada kaitan dengan Islam and mereka (Daesh) sememangnya tidak mewakili sebarang negara. Asasnya, Daesh adalah gerakan pengganas yang berpaksi kepada aktiviti keganasan.
.
Daesh adalah kesan dari penjajahan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 melalui operasi Shock and Awe yang di label sebagai operasi pembebasan rakyat Iraq dari pemerintahan kuku besi parti Baath oleh Saddam Hussein juga dikenali sebagai Iraqi Freedom di bawah falsafah demokrasi dan alasan untuk memusnahkan senjata pemusnah sejagat pada 2003. Namun sehingga 2011 operasi ini telah mengakibatkan 114212 nyawa kanak-kanak, bayi, ibu bapa, suami isteri dari kalangan rakyat Iraq ke alam barzakh tanpa izin mereka.
.
Ironinya operasi shock and awe yang menghancurkan Bagdad, Mosul dan Kirkuk telah menjadi inkubator kepada kelahiran kumpulan pengganas Daesh pada tahun 2013 di Syria dan 2014 di Iraq. Mesin masa belum dibina dan kita tidak boleh kembali ke zaman silam untuk menghalang Amerika Syarikat dari menghancurkan Iraq yang sememangnya sudah hancur dari 10 aspek ekonomi dan kewangan pada 2003 kerana tekanan embargo sejak tahun 1990 yang dibuat oleh bapa demokrasi dunia iaitu Amerika Syarikat. Namun, apa yang kita mampu lakukan hari ini adalah memikirkan cara untuk menghalang ideologi Daesh dari terus tersebar ke dalam sanubari rakyat Malaysia daripada menjadi pengikutnya.
.
Youtube merupakan medium utama dalam menghasilkan kandungan video, di mana ia boleh menjadi alat pemasaran yang paling berkuasa. Sejumlah perniagaan cuba untuk mencipta kandungan video yang mampu menjadi viral namun peluang untuk memenuhi objektif tersebut adalah tipis. Sebaliknya, lebih baik mencipta kandungan yang berguna seperti video-video howto dimana video jenis ini akan dirankingkan dalam sistem pencariaan Google.
.
Ledakan media sosial adalah fenomena baru. Penggunaan video contohnya, lebih efektif dan untuk menangkap perhatian penonton. Pengetahuan ini kini menjadi pengetahuan am bidang komunikasi dan ia bukan sahaja difahami oleh golongan korporat, ahli politik dan ahli akademik malah, golongan pengganas seperti Daesh juga memahaminya. Pokoknya, Daesh memahami perubahan dunia hari ini yang mana masyarakat dunia kini lebih berorientasikan visual. Dengan kejatuhan Mosul pada 2014, Daesh juga telah menguasai sebuah gedung ilmu yang mampu memantapkan operasi propaganda mereka.
.
Gedung ilmu tersebut adalah Universiti Mosul, Iraq. Melalui universiti ini, Daesh kini mampu menggunakan kepakaran, rujukan dan tenaga pelajar- 11 pelajarnya untuk memperkemas mesej yang mereka hendak sampaikan ke dunia global. Video seperti Flames of War: The Fighting Has Just Begun yang berdurasi 55 minit, menggunakan jurubahasa Inggeris berdialek Amerika memaparkan kejayaan operasi Daesh berkekuatan 20 hingga 30 orang yang berjaya menawan Divisyen ke 17 Askar Syria seramai 800 orang. Di sebalik unsur keganasan, dokumentari ini juga berjaya menyelitkan elemen romantik dan sentimental bagi menimbulkan rasa yakin di kalangan penontonnya.
.
.
IKUTI KAMI 👇
.
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!".
Comments
Post a Comment