SIRI 2.1: DAESH.
Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
Universiti Kebangsaan Malaysia Jurnal Komunikasi UKM,
Vol. 32 (2) 2016, ISSN 2289-1528, Scopus.
.
Menurut Profesor Ryan Mauro seorang penganalisis dari The Clarion Project berkata dokumentari Daesh ini menggunakan imej-imej romantik yang dipilih secara baik untuk memujuk golongan muda yang kesunyian dengan paparan mujahideen memenangi pertempuran, retorik anti Amerika, penggunaan stop motion dan slow motion yang baik dan penggunaan kesan khas seperti bullet-time digabung dengan sedutan berita yang menarik.
.
Namun, jika kita membaca laporan berita dari barat yang berbahasa Inggeris pasti kita akan dapati mereka hanya menulis alasan Daesh menguasai Universiti Mosul adalah untuk membina bom kimia, nuklear dan sebagainya. Laporan begini adalah tidak tepat. Contohnya, laporan dari The Wall Street Journal bertarikh 1 April 2016 bertajuk Islamic State Hijacks Mosul University Chemisty Lab for Making Bombs diterbitkan dan apabila dibaca, pembaca akan mendapati tidak jelas samada universiti ini benar-benar digunakan sebagai tempat menghasilkan bom nuklear.
.
Sebaliknya laporan tersebut memetik kata-kata Kolonel Steve Warren jurucakap tentera Amerika Syarikat di Iraq yang berkata, “kita tahu Daesh menggunakan sebahagian dari bangunan tersebut untuk tujuan kententeraan dan sebab itu ia dibom”. Jelas disini tiada bukti universiti digunakan untuk tujuan menghasilkan bom nuklear sebaliknya lebih tepat jika dikatakan universiti ini dijadikan tempat menghasilkan video propaganda Daesh di mana ayat ini 12 boleh disandarkan kepada video-video propaganda Daesh yang muncul dengan banyak dalam pelbagai bahasa di media sosial.
.
Selain itu, ahli akademik juga terlibat dengan penulisan yang dipengaruhi agenda Amerika Syarikat contohnya, Dr. Adil Rasheed (2015) bukunya bertajuk ISIS: Race to Armageddon di halaman 100 menulis bahawa “telah dinotakan bahawa selepas ISIS menguasai Bandar Mosul, sebanyak 88 pounds bahan nuklear telah hilang dari universiti Mosul. Kemudian pada Disember 2014, ISIS mendakwa mereka memiliki bom nuklear dan mempunyai pelan keganasan terhadap bandar London”.
.
Namun, jika diteliti nota kaki yang digunakan oleh Dr. Adil Rasheed (2015) mendapati, sumber maklumat yang diperolehi adalah dari akhbar tabloid dalam talian dikenali sebagai The Daily Mirror. Akhbar tabloid ini mempunyai masalah reputasi ketepatan laporan berita yang serius dimana ia pernah disaman oleh Makamah Tinggi England dan Wales. Selain itu, akhbar ini juga pernah melaporkan imej palsu mengenai tindakan askar British menyeksa tahanan Iraq dan kes ini telah menyebabkan editornya Piers Morgan dipecat pada 2004.
.
Jika benar Daesh sudah memiliki bahan nuklear belum tentu mereka dengan mudah mampu menghasilkan bomb nuklear. Ini kerana keperluan fasiliti canggih untuk membina dan menjaga bahan nuklear bukanlah mudah dan secara logiknya Daesh tidak mempunyai keupayaan tersebut. Sebagai contoh senjata nuklear memerlukan proses elemen atom mencapai tahap keadaan yang dikenali sebagai ‘supercritical mass’.
.
Selain itu, sejak Daesh dianggap memiliki bahan nuklear pada 2014 namun sehingga tahun 2016, tiada lagi serangan nuklear dari mereka. Sebaliknya hanya ‘serangan’ video-video propaganda Daesh yang semakin menjadi-jadi dalam media sosial. Selain itu, Daesh juga bergerak aktif dalam melancarkan media mereka sendiri yang dikenali sebagai al-Hayat Media Centre dan Dabiq.
.
apabila realiti sebenar iaitu Daesh sebenarnya menggunakan universiti Mosul sebagai tapak operasi propaganda tidak dilaporkan maka kita selamanya akan berada di dalam kekeliruan mengenai punca kekuatan sebenar Daesh dalam melancarkan operasi propaganda global. Berita menakut-nakutkan seperti Daesh memiliki senjata nuklear tidak dapat disahkan dan ia hanya mampu mengelirukan masyarakat. Lebih-lebih lagi jika media arus perdana di Malaysia diserang penyakit The Bandwagon effect iaitu mereka pun bersama-sama melaporkan berita yang sama.
.
.
IKUTI KAMI 👇
https://twitter.com/alhaqcentre
https://al-haqcentre.blogspot.com/
https://instagram.com/alhaqcentre
.
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!".
Comments
Post a Comment