.
SINGAPURA: Seorang pelajar sekolah menengah 17 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Isnin (10 Feb).
.
Remaja lelaki itu pertama kali disiasat pada 2017 setelah memuat naik gambar Presiden Halimah Yacob yang diconteng dan menyeru ISIS memenggal kepala beliau kerana menyokong Singapura, yang dalam pandangan pelajar itu sebagai sebuah negara "kafir", menurut kementerian itu.
.
Dalam satu perkembangan berasingan, seorang bekas anggota Jemaah Islamiyah sudah dibebaskan daripada arahan sekatan, tambah MHA.
.
Berikut Adalah kenyataan penuh MHA:
.
Seorang remaja lelaki, pelajar sekolah menengah 17 tahun, ditahan pada Januari 2020 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dia pertama kali disiasat pada September 2017 ketika berusia hanya 15 tahun setelah memuat naik ke sosial media gambar Presiden Halimah Yacob yang diconteng. Remaja tersebut menyeru ISIS agar memenggal kepala Presiden Halimah kerana menyokong Singapura, yang pada pandangan remaja itu adalah sebuah negara "kafir"/
.
Dia mejadi radikal menerusi seorang kenalan asing online yang memperkenalkannya kepada kumpulan media sosial penyokong ISIS pada 2017. Menerusi kumpulan-kumpulan itu, dia mendapat akses kepada apa yang dipercayainya adalah kandungan eksklusif ISIS. Dalam pandangannya, ISIS adalah sebuah kumpulan kuat yang memperjuangkan Islam maka itu penggunaan keganasan terhadap musuh-musuhnya dibenarkan.
.
Meskipun sejak 2017 MHA cuba menjauhkannya dari jalan radikal, dia kekal penyokong tegar ISIS.
.
Dia malah sanggup membantu ISIS dalam usaha propaganda online dan menjalankan kegiatan-kegiatan lain jika diarahkan ISIS. Meskipun setelah kubu kuat ISIS di Syria dan Iraq ditumbangkan, dia masih yakin pada kumpulan pengganas itu dan perjuangan ganasnya.
.
Bagaimanapun, belum ada sebarang bukti menunjukkan dia menyebarkan pandangan ISIS kepada orang sekeliling.
.
BEBAS DARIPADA TAHANAN
Sementara itu Abu Thalha bin Samad (28 tahun), seorang bekas anggota kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI), dibebaskan daripada Tahanan Sekatan (RO) apabila Arahan Tahanannya (OD) berakhir pada September 2019.
.
Abu Talha menunjukkan perkembangan baik dalam proses pemulihannya dan dinilai sebagai tidak lagi menimbulkan ancaman keselamatan yang memerlukan penahanan pencegahan.
.
Sumber: Berita Mediacorp – 10 Februari 2020
.
IKUTI KAMI 👇
.
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"
Comments
Post a Comment