LELAKI yang menembak aktivis Pakistan,
Malala Yousafzai, 22, dilaporkan meloloskan diri dari penjara tentera Pakistan.
Ehsanullah Ehsan yang juga jurucakap puak
Taliban, Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) itu dikatakan berjaya berbuat
demikian, Khamis lalu.
Menurut Gulfnews, pengganas paling
dikehendaki itu membuat pengakuan kejayaan melarikan diri dari penjara dalam
rakaman audio yang disebarkan menerusi platform pesanan mesej peribadi.
Pada 2012, Ehsanullah menembak Malala
sebelum wanita itu ditauliahkan pemenang Anugerah Nobel Keamanan termuda.
Lelaki terbabit juga bertanggungjawab ke
atas beberapa serangan di Pakistan dan dituduh melakukan serangan ke atas
Sekolah Awam Tentera (APS) di Peshawar pada 2014 hingga mengakibatkan kematian
134 pelajar dan 15 kakitangan.
Dia juga dilaporkan terbabit dalam serangan
berani mati di Rawalpindi dan Karachi menyebabkan sembilan pelancong asing
terbunuh.
Bagaimanapun, pada 2017, Ehsanullah secara
tiba-tiba menyerah diri kepada tentera Pakistan.
Selepas menyerah diri, televisyen Pakistan
dibenarkan menemubual lelaki itu yang pada ketika itu mendakwa bekerja dengan
agensi perisikan luar India.
Bagaimanapun, selepas tiga tahun dalam
tahanan, tentera Pakistan masih belum memfailkan sebarang dakwaan terhadap
lelaki itu.
Dalam mesejnya Ehsanullah berkata, dia
terpaksa melarikan diri berikutan institusi di Pakistan melanggar perjanjian
ketika menyerah diri.
SUMBER: Harian Metro- 15 FEBRUARI 2020
IKUTI KAMI 👇
https://twitter.com/alhaqcentre
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN !
Comments
Post a Comment