Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya
mematahkan satu plot serangan berskala besar melibatkan kumpulan pengganas
Al-Qaeda dan Daesh di dalam negara ini sepanjang tahun lepas.
Mendedahkan kejayaan itu, Timbalan Pengarah
Cawangan Khas Bukit Aman Cheong Koon Kock berkata seramai 10 individu
masing-masing dua warga tempatan dan lapan rakyat asing ditahan bagi siasatan
lanjut.
Beliau berkata kumpulan yang ditahan itu
adalah anggota Al-Qaeda dan Daesh yang berhasrat untuk menubuhkan sel di
Malaysia.
"Melalui operasi itu, maklumat
dikongsi dengan agensi perisikan asing dan berjaya menggagalkan plot serangan
berskala besar yang dirancang kumpulan berkenaan di peringkat antarabangsa.
Selain itu, sepanjang tahun lepas juga,
polis merampas enam Alat Letupan Termampat (IED), selaras senjata api dan 15
peluru yang akan digunakan kumpulan pengganas untuk menyerang rumah ibadat
susulan kematian seorang anggota bomba,” katanya pada sidang media khas sempena
pencapaian 2019 dan perancangan 2020 PDRM, di Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari
ini.
Cheong berkata sepanjang tahun lepas juga,
Cawangan Khas berjaya menahan 72 suspek iaitu 26 warga tempatan manakala
selebihnya warga asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan.
Beliau berkata selain itu, Cawangan Khas
turut terlibat dalam operasi membanteras penyeludupan di empat kontinjen iaitu
Kedah, Pahang, Perak dan Negeri Sembilan yang melibatkan 29 tangkapan, tahun
lepas.
"Menerusi operasi itu juga, polis
berjaya merampas pelbagai barang dengan nilai rampasan melebihi RM3 juta,”
katanya.
Selain itu, mulai tahun ini, Unit Cawangan
Khas telah diberi mandat oleh ketua polis negara untuk membuka kertas siasatan
bagi menangani kegiatan penyeludupan kontraban.
Ini adalah untuk membantu meringankan beban
tugas yang dipikul pihak Jabatan Siasatan Jenayah.
Sumber: Malaysia Kini – 14 January 2020
https://bit.ly/2vMEIiQ
IKUTI KAMI 👇
https://twitter.com/alhaqcentre
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!
Comments
Post a Comment