LONDON: Polis
Metropolitan London menembak mati seorang lelaki di selatan kota itu selepas
suspek dipercayai menikam beberapa orang awam pada Ahad.
Menurut jurucakap
polis di laman Twitter, suspek ditembak oleh pegawai bersenjata dalam kejadian
di Streatham, Selatan London yang disifatkan ada kaitan dengan keganasan.
“Setakat ini, sejumlah
mangsa dipercayai telah ditikam. Kejadian sedang disiasat dan dipercayai ada
kaitan dengan kegiatan pengganas,” menurut kenyataan tersebut.
Suspek yang merupakan
seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas ditembak oleh pihak berkuasa.
Menurut laporan media
tempatan, sumber mendakwa insiden itu didalangi oleh kumpulan miltan Daish
namun siasatan lanjut sedang dijalankan.
Anggota polis
bersenjata bertindak mengepung kawasan yang terletak di sebatang jalan di pusat
membeli belah di Streatham, kawasan yang padat dengan penduduk ke selatan River
Thames.
Serentak itu juga,
polis mengarahkan orang awam agar tidak menghampiri kawasan berkenaan.
Dalam pada itu,
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menzahirkan ucapan terima kasih kepada
pasukan kecemasan yang terlibat dalam misi menyelamat insiden itu.
“Ingatan serta doa
saya terhadap semua yang tercedera dan terkesan,” katanya di laman Twitter.
Sumber: Astro Awani–
03 Februari 2020
Oleh: Afiq Ariffin
IKUTI KAMI 👇
https://twitter.com/alhaqcentre
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU
MENENTANG KEGANASAN!"
Comments
Post a Comment