BEIRUT: Pertembungan
antara peserta tunjuk perasaan oleh pergerakan antikerajaan Lebanon dan pasukan
keselamatan merekodkan angka mangsa tercedera paling ramai menjangkau 400
orang, sejak insiden terbabit tercetus tiga bulan lalu.
Situasi tidak menentu
itu dijangka semakin memuncak esok, menjelang gelombang kedua insiden tunjuk
perasaan yang mendesak keseluruhan ahli politik Lebanon untuk ‘digulingkan’
kerana aktivis mendakwa mereka tidak layak diangkat sebagai pemimpin, selain
terpalit dengan pelbagai kegiatan rasuah.
Bersandarkan perangkaan
daripada Jabatan Pertahanan Awam dan Bulan Sabit Merah, sekurang-kurangnya 377
orang membabitkan penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan dilaporkan
tercedera.
‘Minggu tunjuk
perasaan’ itu sebelum ini tercetus ekoran krisis ekonomi yang semakin meruncing
di negara berkenaan, malah keadaan bertambah buruk kerana usaha penubuhan
kerajaan baharu bagi menggantikan pentadbiran terdahulu selepas meletakkan
jawatan masing-masing hasil tekanan pelbagai pihak masih tergendala.
Pengarah Pemerhati Hak
Asasi Manusia Asia Barat, Michael Page, berkata demonstrasi di sekitar ibu kota
itu berlangsung secara aman, namun polis Lebanon menggunakan kekerasan terhadap
peserta perhimpunan sehingga mencetuskan pergolakan antara kedua-dua kumpulan.
“Polis mengabaikan
kewajipan untuk mematuhi elemen hak asasi manusia apabila kelongsong gas
pemedih mata disasarkan ke arah kepala peserta, selain menembak peluru getah ke
mata mereka dan ‘menyerang’ individu di perkarangan hospital dan masjid.
“Tindakan sebegini
harus dihentikan serta-merta kerana ia bercanggah dengan peruntukan hak asasi
manusia,” katanya. – AFP
Sumber: Sahara Reporters–
16 February 2020
IKUTI KAMI 👇
https://twitter.com/alhaqcentre
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://instagram.com/alhaqcentre
"BERSATU
MENENTANG KEGANASAN!
Comments
Post a Comment