SEORANG WARGA INDONESIA DIDAKWA MILIKI ITEM BERUNSUR KEGANASAN


GEORGE TOWN: Seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki item berunsur keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS), awal bulan ini.

Irwanzir, 30, yang bekerja sebagai buruh binaan di Balik Pulau didakwa melakukan kesalahan itu di belakang rumah yang beralamat di Hadapan Kanan, 352 Mukim C, Permatang Pasir Balik Pulau pada 6 Jan lalu.

Tertduh yang berasal dari Acheh, Indonesia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan dilucuthakkan mana-mana item itu.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap Irwanzir dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Mac ini sebagai sebutan semula kes bagi laporan forensik.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Astro Awani– 31 Januari 2020
Oleh: BERNAMA

IKUTI KAMI 👇

https://twitter.com/alhaqcentre
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://instagram.com/alhaqcentre

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"

Comments