[SIRI 2] ISU-ISU FIQH TERPILIH BERKAITAN WANITA MALAYSIA DALAM KUMPULAN IS

[ARTIKEL] PENDEKATAN FIQH ANTI KEGANASAN: ANALISIS TERHADAP REALITI PENGLIBATAN WANITA MALAYSIA

[SIRI 2] ISU-ISU FIQH TERPILIH BERKAITAN WANITA MALAYSIA DALAM KUMPULAN IS

OLEH: Muhd Imran Abd Razak

Dalam artikel ini, pengkaji mengetengahkan dua isu hukum fiqh terpilih berkaitan wanita dalam kumpulan IS, iaitu jihad nikah dan musafir tanpa mahram. ‘Jihad nikah’ adalah merujuk kepada tindakan kaum wanita yang berhijrah ke Syria dan Iraq untuk menjadi isteri kepada pejuang IS.

Jika dilihat kepada kajian-kajian di peringkat antarabangsa terhadap isu jihad nikah ini, terdapat sekurang-kurangnya dua trend dapatan kajian:

Pertama, kajian yang menyatakan peranan wanita dalam jihad nikah adalah sebagai pemuas nafsu pejuang-pejuang lelaki IS. Mereka melihat wanita di bawah kekuasaan IS hidup dalam ketakutan, menjadi hamba seks dan dijual beli sesama pejuang sesuka hati (Insfandiari et al., 2014).

Kedua, kajian yang menyatakan wanita memainkan peranan dalam rumah tangga secara konservatif, iaitu menguruskan rumah dan anak-anak termasuk memberikan pendidikan kepada anak-anak dalam melahirkan pejuang IS masa depan.

Kajian jenis ini melihat wanita tidak menjadi mangsa tetapi mereka yang memilih untuk hidup sedemikian (Strommen, 2017). Selain mendidik anak-anak, mereka bertugas merekrut ahli baru melalui media sosial, bertugas di jabatan-jabatan tertentu dan mengangkat senjata jika diperlukan (Sara Mahmood, 2015).

Secara adil, kedua-dua trend kajian tersebut adalah berdasarkan sudut pandang para pengkaji terhadap isu jihad nikah. Pandangan trend yang pertama dilihat terpengaruh dengan perspektif penghambaan wanita-wanita yang ditawan kumpulan IS.

Manakala kajian trend kedua hanya menilai peranan Wanita-Wanita yang secara sukarela Ingin menjadi isteri-isteri pejuang IS. Merujuk majalah Dabiq terbitan Kumpulan IS, tiada istilah ‘jihad nikah’ yang ditemui oleh pengkaji, namun motif dan kaitannya Boleh ditemui Dalam beberapa perkara; Pertama, seruan Hijrah kepada para wanita:
“Nourish your love of Allah and His Messenger. It is essential for you to love Allah and His Messenger more than your own selves, your husbands, your children, and your parents. Follow the example of Āsiyah – the wife of Pharaoh – who left the Dunyā for Allah and the Hereafter although she was a queen and had the wealth of the Dunyā. She was tortured and killed because of this choice, but Allah kept her firm and raised her above many women” (Dabiq 7, 2015).

Ayat tersebut menegaskan kepentingan dan gesaan wanita untuk berhijrah. Seorang responden temu bual yang dikatakan mewakili wanita IS dalam majalah Dabiq tersebut mengatakan kepentingan menjadikan niat hijrah kerana Allah mengatasi niat-niat yang lain dan mengikut petunjuk sejarah Asiyah isteri kepada Firaun yang sanggup berkorban nyawa kerana agama.

Walau bagaimanpun, hujah tersebut turut membawa maksud wanita-wanita di luar wilayah IS perlulah berhijrah meninggalkan apa sahaja termasuk suami, anak-anak dan ibu bapa yang mereka sayangi atas nama Allah SWT.

Kedua, larangan meninggalkan wilayah IS apabila kematian suami: “Here I dedicate my speech to my muhājirah sisters, for how often have we heard of sisters whose husbands are killed, so the earth with all its vastness becomes constricted for them and they turn towards the lands of kufr, where their families and relatives are.

And there is no ability nor strength except with Allah! I tell them, you are sinful if you leave the land of Islam and return to the land of kufr. Whoever made Hijrah for the sake of her husband, then know that he is indeed departing, without doubt, if not today then tomorrow.

And whoever made Hijrah for the cause of Allah, then know that Allah will remain, ever-living, and He does not die. So remain steadfast, my sisters, may Allah make us steadfast, and hold onto the Islamic State with all your strength!” (Dabiq 11, 2015).

Dalam ayat di atas, sekali imbas hujah yang diberikan adalah benar berkaitan niat hijrah seseorang yang seharusnya kerana Allah. Namun, jika dinilai secara kolektif bersama fakta-fakta lain, ia sebenarnya adalah gesaan supaya wanita yang kematian suami terus bertugas sebagai isteri kepada mana-mana pejuang mereka.

Hal ini dapat dibuktikan dengan galakan untuk para pejuang lelaki berpoligami dalam ruangan berkaitan wanita keluaran Dabiq seterusnya. Ia menyebut poligami merupakan syariat yang sangat digalakkan dan wanita tidak boleh menolak ketentuan syariat tersebut. Ia sekaligus membuktikan konsep jihad nikah memang wujud dalam kumpulan IS.

Secara umumnya, konsep jihad nikah adalah berkait rapat dengan konsep Hijrah yang difahami oleh kumpulan ekstremisme agama. Galakan dan saranan supaya wanita berhijrah untuk mendapatkan perlindungan dan naungan negara Islam versi kumpulan IS memberi kesan langsung menggalakkan aktiviti jihad nikah dilaksanakan.

IKUTI KAMI 👇

https://twitter.com/alhaqcentre
https://al-haqcentre.blogspot.com
https://instagram.com/alhaqcentre

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"

Comments