[SIRI 3]: VIDEO SEBAGAI SENJATA PROPAGANDA.


[ARTIKEL] DAESH: KEBANGKITAN DAN PENGARUH MEDIA SOSIAL
[SIRI 3]: VIDEO SEBAGAI SENJATA PROPAGANDA.

Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
Universiti Kebangsaan Malaysia Jurnal Komunikasi UKM,

Vol. 32 (2) 2016, ISSN 2289-1528, Scopus.

Berbeza dengan kumpulan militan yang pernah dihadapi oleh Malaysia seperti Komunis dan Al Maunah, kumpulan Daesh mempunyai kebolehan menggunakan video dan media sosial untuk
tujuan penyebaran ideologi dan ancaman. Antara platform utama yang digunakan adalah platform seperti Facebook dan Youtube.

Dalam tulisan bertajuk why do terrorist migrate to social media? oleh Weimann (2016), beliau berkata,pertama sekali saluran media sosial adalah saluran paling popular dikalangan khalayak Daesh, yang mana saluran ini boleh meletakkan organisasi pengganas ke tahap arus perdana. Kedua, saluran media sosial sangat mesra pengguna, dan percuma. Dan akhir sekali media sosial mampu membenarkan kumpulan pengganas berhubung dengan khalayak sasaran hanya seperti ‘mengetuk pintu rumah mereka’.

Selain itu, ciri-ciri keselamatan tinggi untuk aktiviti perkongsian, muatnaik, muatturun video dan dokumen dengan pantas tanpa memerlukan komputer yang laju, sebaliknya hanya melalui platform telefon pintar telah berjaya menghubungkan ribuan pengganas Daesh lain serata dunia dengan mudah. Maka inilah sebab mengapa Daesh mampu menghasilkan video berbahasa Melayu untuk ‘pasaran’ Asia Tenggara.

Jelas, ancaman kumpulan pengganas Daesh melalui media sosial amat membimbangkan negara. Setakat ini, Daesh sudah menghasilkan dua bentuk video propaganda berkualiti tinggi. Lebih unik lagi apabila ianya dibuat dalam Bahasa Melayu. Menurut laporan media semasa, video pertama yang berbahasa Melayu dilaporkan pada Januari 25, 2015 dan video kedua adalah pada Jun 23, 2015.

Menurut Marzukhi & Hasnan (2016), memetik ucapan dari Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, video Daesh yang pertama bertajuk ‘mesej Awam kepada Malaysia’ dimana dua individu warganegara Malaysia yang dikenalpasti menjadi jurucakap dalam video tersebut adalah Abdul Halid dan Mohd Nizam.

Menurut laporan oleh Sridharan (2016) pula, dalam video itu, kumpulan Daesh memberi amaran dengan berkata; jika kamu menangkap kami, jumlah kami akan bertambah tetapi jika kamu membiarkan kami, maka kami akan lebih dekat kepada usaha mengembalikan pemerintahan khalifah. Sesiapa yang menuduh kami sebagai Khawarij, Daesh atau ejen Mossad maka mereka adalah Syiah dan sekutunya. Amaran terakhir adalah, mereka tidak akan tunduk kepada sistem demokrasi sedia ada dan hanya mengikut undang-undang Allah.

IKUTI KAMI 👇
https://twitter.com/alhaqcentre
https://al-haqcentre.blogspot.com/
https://instagram.com/alhaqcentre

 "BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"

Comments