[SIRI 3.1]: VIDEO SEBAGAI SENJATA PROPAGANDA.

[ARTIKEL] DAESH: KEBANGKITAN DAN PENGARUH MEDIA SOSIAL

[SIRI 3.1]: VIDEO SEBAGAI SENJATA PROPAGANDA.

Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
Universiti Kebangsaan Malaysia Jurnal Komunikasi UKM,

Vol. 32 (2) 2016, ISSN 2289-1528, Scopus.


Video Daesh kedua pula dilaporkan muncul pada Jun 23, 2016. Video yang bertajuk
‘Thogut’. Jurucakap Daesh di dalam video tersebut dikenali sebagai Mohd Rafi yang juga
merupakan anggota Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM). Menurut laporan dari My News
Hub (2016), mesej di dalam video tersebut ditujukan khas kepada anggota polis Malaysia dimana ia berbunyi “bunuh mereka dimana sahaja yang anda jumpa.
.
Jika anda ada kereta, langgarlah mereka. Gunakan senjata dan pisau untuk tikam terus dada mereka”. Mohd Rafi menambah lagi, “kepada anda yang ada di Bukit Aman, anda tidak lagi aman. Kami bersedia untuk sembelih anda. Apabila kami datang, rakan-rakan kami di negara ini juga akan memburu anda habis habisan”.

Kesan dari ancaman dan ugutan terbaru ini, kerajaan Malaysia kini melalui pelbagai agensi kerajaan telah melancarkan operasi besar-besaran bagi menangkap individu-individu yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas. Pantauan akaun media sosial juga diperhebat bagi memastikan mereka tidak terlepas dari hukuman. Sejak 2015, ada rakyat Malaysia yang terpengaruh dengan ideologi Daesh sehingga membawa keluarga ke Syria. Menurut laporan Suara.tv (2015), ini termasuk anak berusia 1 hingga 12 tahun.

Memetik kata-kata, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay lagi, apa yang lebih membimbangkan apabila pengaruh Daesh ini semakin menjadi ‘virus’ sehingga mampu membuatkan penghijrahan secara berkeluarga dan setakat ini seramai lapan buah keluarga telah berada di Syria. Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay menambah lagi, pengaruh ideologi serta latihan yang diberikan kepada anggota Daesh dilihat terlalu kuat sehingga ada anggotanya yang merupakan rakyat Malaysia pernah memberi amaran untuk membunuh keluarganya sekiranya mereka bersama-sama kerajaan Malaysia cuba menentang Daesh.

Dalam melihat permasalahan ancaman Daesh ini, laporan dari mstar.com.my (2016) memetik kata-kata dari Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai berkata, “ancaman kumpulan militan Daesh yang kini dihadapi dunia merupakan satu fenomena baharu dan berbeza dengan ancaman yang pernah dihadapi oleh negara ini. Ancaman Daesh merupakan pengalaman dan cabaran baharu kepada negara susulan penggunaan landasan media sosial sebagai kaedah utama untuk merekrut anggota serta menyebarkan fahaman ekstremis kumpulan itu”.

Datuk Seri Hishamuddin menambah lagi, “Malaysia telah melalui ancaman era kumpulan militan seperti Al Qaeda, Al-Maunah, Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) sedekad lepas tetapi pendekatan Daesh adalah berbeza”.

Demi memperkukuh operasi membendung pengaruh Daesh di Malaysia, pelbagai usaha telah dilakukan. Bernama (2016) melaporkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memantau 1,000 akaun Facebook yang membabitkan kumpulan pengganas yang aktif menyebarkan ideologi mereka dan merekrut anggota baru.

Selain itu, Bernama (2016) turut melaporkan KDN juga memantau lebih 100 akaun twitter serta 50 laman web dan blog yang menjalankan aktiviti yang sama dan mengikut statistik tangkapan Daesh di Malaysia sejak 2013 hingga Mac 2016, seramai 177 rakyat Malaysia telah ditangkap dan disabitkan dibawah Akta Kesalahan dan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA, Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 2013 dan Akta Pencegahan Keganasan (POTA).

IKUTI KAMI ðŸ‘‡


"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"

Comments