[SIRI 6]: PERANAN MEDIA ARUS PERDANA DALAM PENYEBARAN IDEOLOGI DAESH.

[ARTIKEL] DAESH: KEBANGKITAN DAN PENGARUH MEDIA SOSIAL

[SIRI 6]: PERANAN MEDIA ARUS PERDANA DALAM PENYEBARAN IDEOLOGI DAESH.

Ahmad Sauffiyan Abu Hasan
Universiti Kebangsaan Malaysia Jurnal Komunikasi UKM,
Vol. 32 (2) 2016, ISSN 2289-1528, Scopus.





Selepas apa yang dibincangkan di perenggan-perenggan sebelum ini, kini kita sedar akan kemampuan Daesh dalam membuat serangan psikologi melalui media sosial. Melalui video dokumentari seperti Flames of War: The Fighting Has Just Begun yang ditujukan kepada rakyat Amerika Syarikat dan video Thogut yang ditujukan kepada rakyat Malaysia dan Indonesia sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kumpulan sasaran mereka.

Dengan modus operandi ini juga, Daesh hari ini berjaya memperkukuhkan cengkaman ideologi mereka dan terus menerus membina pengaruh dan para simpati kepada pejuangan mereka. Oleh itu tidak pelik dan mustahil jika laporan berita dan buku para cendekiawan menghurai bahawa Daesh mampu menggantikan pejuang mereka yang terkorban.

Malah ada rakyat Malaysia yang dihantar ke unit pengebom berani mati di atas alasan mati Syahid. Langkah-langkah keselamatan untuk mengekang kemaraan Daesh menjadi semakin intensif. Kos, tenaga pekerja dan fokus pentadbiran negara juga terpaksa ditambah untuk membendung masalah ini. Benar media sosial adalah punca utama perkembangan ideologi Daesh dan ideologi-ideologi ekstrem lain. Namun, media sosial tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Ini kerana dalam satu aspek lain, media arus perdana kontemporari juga memainkan peranan sebagai katalis tidak langsung dalam membuat rakyat menjadi “celik Daesh”.

Sebagai contoh, siapakah yang orang pertama sekali memperolehi video propaganda Daesh? Dan kemudian, media manakah yang pertama sekali melaporkan kewujudkan video ancaman dan hasutan Daesh? Pada Ogos 2014, sebuah video menunjukkan seorang wartawan bebas bernama James Foley telah dikelar lehernya oleh anggota Daesh yang fasih berbahasa Inggeris berdialek London dan dia kemudian dikenali sebagai Jihadi John atau nama sebenarnya Mohammed Emwazi.

Video tersebut bertajuk A Message to America From the Islamic State Caliphate Supporters telah dimuatnaik ke dalam platform media sosial iaitu Youtube dan sebaik ia mendapat perhatian penonton, ia telah dipadam dengan segera. Namun, salinan-salinan video tersebut terus tersebar sehingga ke hari ini. Contohnya jika sesiapa membuat pencarian menggunakan enjin carian seperti Google, pasti video yang sadis lagi ganas tersebut boleh ditemui. Hal ini benar, menurut Nacos (2016), Kebanyakkan rakyat Amerika Syarikat masih belum menonton video James Foley dipenggal kepala oleh Daesh.

Dalam Youtube, video tersebut telah ditapis dengan pantas. Walaupun video tersebut wujud di laman web lain, kebanyakkan orang masih tidak berani menonton kekejaman tersebut atau mereka masih tidak menemui klip video yang lengkap. Walaubagaimanapun, setiap orang yang menonton televisyen, mendengar radio, melawat internet atau membaca muka depan sukatkhabar sudah pun sedar mengenai berita pembunuhan tersebut. Laporan berita semasa James Foley di tangkap oleh ISIS (Daesh) sudah pun banyak dan laporan diperbanyakkan lagi selepas James Foley dibunuh.

IKUTI KAMI 👇
https://twitter.com/alhaqcentre
https://al-haqcentre.blogspot.com/
https://instagram.com/alhaqcentre

"BERSATU MENENTANG KEGANASAN!"

Comments